slider1

Rabu, 5 November 2014

Vitamin-vitamin Yang Tidak Boleh Diambil Oleh Ibu-ibu Hamil

Ooooo...baru ku tahuuuu..rupa-rupanya bukan semua jenis vitamin pun boleh diambil oleh ibu-ibu hamil ni. Ingatkan boleh je bagi apa-apa jenis vitamin pada ibu-ibu hamil. Sila ambil perhatian ye semua. Terdapat beberapa vitamin yang TIDAK DIGALAKKAN ambil semasa hamil. 

Antara vitamin-vitamin yang TIDAK DIGALAKKAN ambil ialah:-

  1. Alfalfa Complex
  2. DTX Complex
  3. Collagen Powder
  4. Carotomax
  5. Garlic Complex
  6. GLA Complex
  7. Herblax
  8. Vita-E Complex
  9. Vivix
*Kalau nak ambil juga, boleh. Tapi hendaklah atas nasihat & pemantauan doktor ye. 

Kenapa ibu-ibu hamil tidak boleh ambil?

Sebaaaab...vitamin-vitamin tersebut mengandungi antioksidan yang tinggi dan dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya keguguran. Bukankah untuk ibu-ibu yang hamil ni mereka kena ambil nutrisi yang mencukupi untuk menampung keperluan nutrisi untuk diri mereka sendiri dan juga bayi mereka?

Biasanya diawal kehamilan, antivodi si ibu akan menurun untuk memberikan laluan kepada pembesaran janin didalam rahim mereka. Pengambilan vitamin-vitamin di atas memang boleh membantu ibu-ibu meningkatkan sistem imun mereka TETAPI, tubuh si ibu pula akan melihat janin itu sebagai "bendasing" yang perlu disingkirkan dari tubuh badan itu. Atau dengan kata nama lain, keguguran akan berlaku.

Oleh itu, pengambilan vitamin-vitamin tersebut perlu DIHENTIKAN sebaik sahaja ibu-ibu tahu mereka hamil.  Sayangi diri dan janin kita. 

Sedikit pesanan daripada saya, sila pastikan sebelum anda membeli apa jua jenis vitamin, pastikan anda mendapat konsultasi dan bimbingan yang betul agar pengambilan vitamin itu nanti dapat memberikan kesan kesihatan yang optimum.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan