slider1

Isnin, 3 November 2014

Cara Minum Air Untuk Kesihatan




"Awal bukan sakit, awak kehausan. 
Jangan ubati kehausan dengan medikasi"
Dr. F. Batmanghelidj

Berapa banyak air yang diperlukan oleh badan manusia? Mesti kita pernah dengar orang kata kita perlu ambil air sekurang-kurangnya 3 liter sehari, kan? Bagaimana pula dengan anda? Berapa banyak air yang anda minum dalam sehari? Adakah anda banyak minum air kosong? Ataupun lebih banyak minum air manis?

Sebenarnya keperluan air dalam badan manusia adalah berbeza-beza. Ianya bergantung kepada faktor kesihatan seseorang itu, tahap kecerdasan mereka dan faktor cuaca juga.

Dianggarkan badan manusia memerlukan sebanyak 3 liter air (13 gelas) sehari bagi lelaki dan 2.2 liter air (9 gelas) bagi perempuan. Namun, makanan pepejal yang diambil juga turut mengandungi air dan oleh kerana itu juga kuantiti air sebenar yang perlu diminum akan berkurangan iaitu dianggarkan sebanyak 7 atau 8 gelas sehari.

Cara minum air yang betul untuk kesihatan:
  1. Minum air sepanjang hari dan bukannya minum ketika rasa dahaga sahaja. 
  2. Mulakan minum air di awal pagi sebanyak 2 atau 3 gelas air, kira-kira sejam sebelum sarapan pagi.
  3. Sebelum makan tengah hari dan makan malam, minum segelas air 1/2 jam sebelum waktu makan tersebut. Bagi orang yang ingin menurunkan berat badan, sila tambahkan segelas lagi jadi 2 gelas air.
  4. Biasakan diri minum air sedikit sahaja ketika makan sekadar tidak tercekik makanan. Kalau boleh langsung tidak minum air sejurus selepas makan.
  5. Minum air kira-kira 1 - 2 jam selepas makan tengah hari dan malam.
  6. Minum segelar air sebelum mandi dan sebelum tidur.
  7. Lebih senang dan menyeronokkan, selang-selikan minum air kosong dengan air dicampur lemon, madu dan cuka epal atau air dicampur halia dan madu.
  8. JANGAN minum air berkarbonat.
  9. BERHENTI minum air berkafein seperti kopi dan teh.
  10. Kurangkan minum air mengandungi pewarna dan pemanis.
Apakah faedah minum air?
  1. Minum 2 gelas air di awal pagi akan menyegarkan organ dan sistem dalaman setelah berehat ketika tidur.
  2. Minum 1/2 gelas air sebelum makan akan membantu proses penghadaman.
  3. Bagi orang gemuk, minum 2 gelas air sebelum makan tengah hari dan makan malam berkesan untuk menurunkan berat badan.
  4. Minum segelas air sebelum mandi boleh membantu menurunkan tekanan darah.
  5. Minum segelas air sebelum tidur baik untuk menghindarkan strok dan serangan jantung.
Kualiti air yang elok untuk diminum

Air yang elok untuk diminum mestilah yang berkualiti dan bersih seperti air bertapis (filtered water) dan air mineral semula jadi. Lagi tinggi kualiti air adalah lebih baik. Air dari sumber paip air awam mengandungi klorin dan florida yang tidak baik untuk kesihatan dan kalau boleh sila elakkan.

Dengan minum air yang cukup dan cara pengambilan yang betul, kesihatan badan akan lebih terjaga dengan izin ALLAH. Badan juga akan menjadi lebih cergas dan sihat disamping mendapat kulit muka yang lebih sihat.

Benarkah minum air kosong boleh turunkan berat badan?

Ini jawapan mereka:

"Researchers estimate that over the course of a year, a person who increases his water consumption by 1.5 liters a day would burn an extra 17,400 calories for a weight loss of approximately 5 pounds.
They note that up to 40% of the increase in calorie burning is caused by the body's attempt to heat the ingested water."

Report in 'The Journal of Clinical Endocrinology and Metabolism'


Tiada ulasan:

Catat Ulasan