slider1

Jumaat, 28 November 2014

Kenapa Perempuan Mudah Menangis?



Umairahku sayang
Ibu tak mampu nak bayangkan jika ibu kehilanganmu
Kehadiranmu sama seperti kakak-kakak dan adikmu
Ibu tak pernah sekali-kali menganggapmu sebagai anak kelainan upaya
Kerana ibu yakin, Umairah juga mampu lakukan seperti kanak-kanak yang lain

Kalau dulu, Umairah hanya mampu terbaring kaku
Kini Umairah sudah mampu melompat-lompat
Mahupun berlari-lari seperti kanak-kanak lain

Kalau dulu, Umairah hanya diam membisu
Kini Umairah sudah mampu menuturkan kata-kata
Walaupun adakalanya ibu tak faham apa butir bicaramu, sayang

Kalau dulu, matamu tidak sesempurna kanak-kanak lain
Ibu dan ayah tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik untukmu, sayang
Alhamdulillah, matamu sudah cantik seperti kanak-kanak yang lain

Namun, ibu dan ayah tidak pernah membezakanmu
Malah tidak sedikit pun kami membezakanmu dengan adik-beradik yang lain

Wahai kesayangan ibu dan ayah
Dulu, pernah orang lemparkan pelbagai ayat-ayat yang tidak enak untuk didengar
Ibu dan ayah tetap yakin dengan janji ALLAH
Biarlah mereka katakan sayang ibu ni bodoh
Biarlah mereka katakan sayang ibu ni juling sekalipun
Ibu yakin dan pasti, semua itu hanya sementara

Pada ibu, ALLAH itu MAHA BESAR lagi MAHA BERKUASA
Biarlah ALLAH jua yang menentukan segala-galanya

Ibu dan ayah sentiasa mendoakan
Semoga anak-anak ibu dan ayah menjadi anak-anak yang soleh dan solehah
Berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak
Amiiiinnnn



Tiada ulasan:

Catat Ulasan