slider1

Ahad, 9 November 2014

Kisahku Part II

Jom kita sambung cerita semalam...Namun, sungguh malang nasib kami. Belum pun sempat sampai ke rumah, pengasuh dah telefon aku tepat jam 5.00 petang dan suruh kami balik cepat. Aku pun tanpa melengahkan masa menelefon suami dan beritahu tentang pengasuh kami. 

Sampai je kami di rumah pengasuh, kami tengok dia sedang menatang anak kami di depan muka pintu rumahnya. MasyaAllah, apa yang dah berlaku ni? Anakku Nur Umairah kelihatan sangat lembik dan tidak bermaya. Dia hanya bernafas melalui mulut sahaja. Anakku tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja? Kakaknya sibuk bertanyakan kami kenapa dengan adiknya itu. Ya ALLAH...dugaan apakah yang ENGKAU berikan kepada kami ini, Ya ALLAH...

Kami terus ambil anak-anak kami dan membawa Umairah ke hospital yang berdekatan. Sepanjang perjalanan ke hospital, aku hanya mampu menggosok belakang Umairah dan beristighfar. Allahuakbar...dugaan apakah ini Ya ALLAH??

Sampai je kami di Unit Kecemasan, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, aku terus berlari-lari mendukung Umairah untuk diberikan bantuan yang sepatutnya. Alhamdulillah, nasib kami memang baik, ada seorang doktor pakar KEBETULAN berada disitu. Syukur, Ya ALLAH.

Doktor tersebut terus mengarahkan supaya kami membaringkan Umairah dalam keadaan mengiring dan kakitangan disitu terus melakukan tugas mereka. Memberi Umairah bantuan pernafasan dan melakukan suction kerana takut anakku tersedak susu. Aku dan suami hanya mampu melihat mereka melakukan apa sahaja yang patut demi untuk menyelamatkan nyawa anak kami. Hanya kepada ALLAH sahaja kami serahkan segala-galanya pada waktu itu. 



Kalau diperhatikan dengan betul-betul gambar di atas, boleh nampak kesan belakang kepalanya dan telinganya kemerah-merahan seperti melecet. 

Sayu hatiku tiap kali melihat kembali gambar ini. Huhuhuuu...

Nak tahu apa yang berlaku selanjutnya? Kita sambung esok yea...TUNGGUUUUU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan