slider1

Khamis, 13 November 2014

Kisahku Part VI

Walaupun Umairah dah sedar, namun pergerakannya agak terbatas. Banyak pergerakannya menjadi terbantut. Kalau ikutkan sebelum kejadian tersebut Umairah masih menyusu badan. Tetapi, selepas kejadian tersebut, dia dah tak pandai menghisap. Sepanjang kami berada di PPUM, layanan yang diberikan sangat bagus. Doktor-doktor dan jururawatnya juga bagus. 

Memandangkan doktor masih belum menemukan apa-apa bukti lain, aku berbincang dengan suami untuk memohon bertukar mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Agak payah untuk suamiku berulang-alik dari rumah ke PPUM dan nak uruskan anak-anak kami, along dan angah yang sedang bersekolah tadika pada waktu itu. Doktor di PPUM bersetuju dengan hasrat kami maka mereka pun membuat surat sokongan dan menghantarnya ke HKL. Hampir 2 minggu aku berkampung di PPUM demi menemani buah hatiku Umairah dan suamiku menguruskan anak-anak yang lain di rumah sendirian. Maafkan ayang, abang. Terima kasih.

Melihat gambar disebelah membuatkan naluri keibuanku bertambah sayu. Airmataku akhirnya gugur jua. Mengenang kembali segala keperitan dan kesakitan yang telah kau lalui, sayang. 

Alhamdulillah, pihak HKL sudi menerima kami dan kami pun dipindahkan dari PPUM ke rumah baru kami di Unit Peadiatrik 1, HKL. 

Maka bermulalah kehidupan baru kami di rumah baru kami di HKL. Kesihatan Umairah sentiasa dipantau oleh doktor-doktor pakar disitu. Doktor pakar genetik, neurologi dan pakar fisio juga. Sepanjang berada disana, Umairah masih minum susu dengan bantuan tiub dan picagari. Dia juga terpaksa bergantung kepada ubat anti sawan.

Sepanjang berada di HKL, keadaan Umairah semakin baik dan bagus. Ayahnya dan kakak-kakaknya juga kerap menjenguk kami setiap hari tanpa jemu. Umairah seorang bayi yang sangat kuat! Sejak berkampung di HKL, pelbagai karenah dan perangai manusia yang dapat aku lihat. Setabah mana mereka menghadapi setiap dugaan yang mereka hadapi. 

Pernah sekali kami diherdik oleh pakar fisio. Katanya dalam nada yang agak tinggi, "Umairah ni asyik tidur..je. Mak kenalah kejutkan Umairah bangun biar dia aktif". Aku hanya mampu tersenyum. Aku tahu kenapa anakku menjadi pasif begitu dan aku mula membuat ujikaji sendiri. Hasilnya, Umairah akan jadi aktif melakukan pergerakan jika dia tidak diberi ubat anti sawan dan jika diberikan ubat tersebut, dia akan kembali pasif.


Aku tidaklah mengatakan yang aku ni bijak sangat bab-bab perubatan ni. Tapi, kita pun risau kalau anak kita asyik pasif dan tidur sahaja, kan? Aku juga bertanyakan kepada beberapa orang doktor tentang punca sawan dan jawapan yang kuterima semuanya sama sahaja iaitu sawan adalah disebabkan oleh demam panas yang sangat kuat dan juga sawan disebabkan faktor keturunan. Setelah kufikirkan semasak-masaknya, aku nekad untuk tidak memberikan ubat anti sawan kepada Umairah. Alhamdulillah, sawannya tidak pernah menyerang lagi sepanjang kami berada di HKL dan Umairah semakin aktif melakukan pergerakan dan tidak pasif macam dulu lagi.

Aku dan suami sangat-sangat bersyukur kerana Umairah semakin aktif dari yang sebelumnya. Pelbagai usaha alternatif lain yang kami lakukan demi menyelamatkan nyawa Umairah. 

Tak kurang juga emak dan adik-adik yang turut sama membantu membawakan air penawar dan sebagainya. Memang tak terbalas jasa kalian semua. Rakan-rakan pejabat dan rakan-rakan lain juga ramai yang datang melawat sepanjang kami berkampung di HKL. Begitu juga dengan bos ku yang sudi meluangkan masa melawat kami di HKL. Jasa kalian memang tak dapat kami balas. 

Eh, cerita ni dah habis ke? Belum lagiiiii...sebab kami belum discharge lagi, kan? Jadi..stay tune uollssss....hehehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan