slider1

Jumaat, 28 November 2014

Kenapa Perempuan Mudah Menangis?



Umairahku sayang
Ibu tak mampu nak bayangkan jika ibu kehilanganmu
Kehadiranmu sama seperti kakak-kakak dan adikmu
Ibu tak pernah sekali-kali menganggapmu sebagai anak kelainan upaya
Kerana ibu yakin, Umairah juga mampu lakukan seperti kanak-kanak yang lain

Kalau dulu, Umairah hanya mampu terbaring kaku
Kini Umairah sudah mampu melompat-lompat
Mahupun berlari-lari seperti kanak-kanak lain

Kalau dulu, Umairah hanya diam membisu
Kini Umairah sudah mampu menuturkan kata-kata
Walaupun adakalanya ibu tak faham apa butir bicaramu, sayang

Kalau dulu, matamu tidak sesempurna kanak-kanak lain
Ibu dan ayah tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik untukmu, sayang
Alhamdulillah, matamu sudah cantik seperti kanak-kanak yang lain

Namun, ibu dan ayah tidak pernah membezakanmu
Malah tidak sedikit pun kami membezakanmu dengan adik-beradik yang lain

Wahai kesayangan ibu dan ayah
Dulu, pernah orang lemparkan pelbagai ayat-ayat yang tidak enak untuk didengar
Ibu dan ayah tetap yakin dengan janji ALLAH
Biarlah mereka katakan sayang ibu ni bodoh
Biarlah mereka katakan sayang ibu ni juling sekalipun
Ibu yakin dan pasti, semua itu hanya sementara

Pada ibu, ALLAH itu MAHA BESAR lagi MAHA BERKUASA
Biarlah ALLAH jua yang menentukan segala-galanya

Ibu dan ayah sentiasa mendoakan
Semoga anak-anak ibu dan ayah menjadi anak-anak yang soleh dan solehah
Berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak
Amiiiinnnn



Jumaat, 21 November 2014

Gemuk Air?

Siapa pernah dengar tentang 'Gemuk Air?' Korang tahu tak apa yang dimaksudkan dengan 'Gemuk Air' tu? Adakah ianya berlaku sebab banyak sangat minum air? 

Dah tu, macam mana nak kurus? Sebab ada yang kata kalau nak kurus dan dapatkan kulit yang cantik kena minum air dengan banyak, kan? Oh, TIDAAAAAAKKKKk!!!!!

Stress kita, kan? Mana satu yang betul ni. Kena minum air dengan banyak atau jangan minum air banyak-banyak? Saya taknak gemuk air...huhuhuuu...

Tolong jangan salah faham ye semua..'Gemuk Air' sebenarnya bukan sebab kita banyak minum air TAPI 'Gemuk Air' adalah disebabkan kita KEKURANGAN AIR DALAM BADAN. Kenapa? Tak percaya ke?

'Gemuk Air' ni berlaku apabila otak mendapati tuan punya badan jarang mendapatkan air dengan kadar yang mencukupi atau dengan ayat yang lebih mudah, kita tidak minum air dengan kuantiti yang betul. Jadi, secara automatik otak kita akan mengatur supaya air disimpan di dalam sel badan untuk kegunaan pada waktu-waktu kecemasan. 

Selain daripada kekurangan air dalam badan, 'Gemuk Air' juga berpunca akibat TERLALU BANYAK GARAM DALAM BADAN. Ini boleh berlaku kepada peminat tegar makanan masam dan juga mereka yang suka makan makanan masin dan masam. Apabila seseorang itu makan makanan masam dalam kuantiti yang banyak, maka ia akan menghalang penyerapan air ke dalam sel badan. Situasi ini akan mengakibatkan badan mula kekurangan kuantiti air.

Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Ada tips ke untuk atasi masalah ni? 

Dah tentulah ada...jom kita cuba buat. 








1.   Minum Banyak Air Kosong

Punca utama seseorang itu mengalami masalah gemuk air ialah kerana kekurangan air di dalam badan. Jadi, banyakkan meminum air kosong atau air putih bagi memastikan anda bukan sahaja dapat mengatasi masalah gemuk air. Bahkan mencegah badan anda daripada mengalami dehidrasi.
Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Paling penting, kurangkan pengambilan minuman bersoda dan bergula.
2.   Kurangkan Makanan Bergaram
Garam di dalam makanan berfungsi untuk memastikan masakan anda cukup rasa dan menyedapkan. Namun, elakkan daripada meletakkan garam terlalu banyak di dalam makanan anda. Garam merupakan penyebab utama terjadinya kelebihan air dalam tubuh. Hindari makanan yang mengandungi  garam tinggi, termasuk juga garam yang tersembunyi dalam makanan segera.
3.    Amalkan Bersenam
Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga.
Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.
4.   Perbanyakkan Pengambilan Sayuran dan Buah-Buahan
Pengambilan sayur-sayuran dan  buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.
Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga  penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.
5.    Elakkan Mengambil Makanan Tinggi Kalori
Kunci utama bagi menentukan sesuatu diet itu berjaya atau tidak ialah cara pemakanan anda. Salah satu yang harus dititik beratkan ketika diet ialah elakkan daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan kalori.
Hindari makanan yang mempunyai lemak yang tinggi seperti coklat dan pizza. Sia-sia sahaja anda gigih bersenam, sedangkan anda tidak menjaga pola pemakanan dengan betul. Bukan itu sahaja, usaha anda untuk mengatasi masalah gemuk air ini juga tidak akan berjaya.
Apapun yang kita buat dalam kehidupan perlu ada kesungguhan. Kalau setakat di mulut sahaja dok cakap kata nak kurus dan taknak gemuk, tapi tiada kesungguhan untuk capai target tu, memang tak ada gunanya. Renung-renungkanlah. 





Khamis, 20 November 2014

Kena Marah Dengan Tailor Sebab Nak Kecilkan Saiz Baju?

Mesti korang tak pernah dengar, kan customer kena marah dengan tailor sebab kena kecilkan saiz baju? Atau korang pun memang dah biasa dengan situasi tersebut? 

Ok, cerita tersebut berlaku pada saya sendiri. Beberapa bulan selepas melahirkan anak yang ke-4, saya telah pergi ke sebuah kedai tukang jahit untuk menghantar 2 pasang kain untuk dijahit. Almaklumlah, selepas bersalin kali ni badan saya naik bagai dipam-pam. Huhuhuu..malu dan tak sanggup rasanya tengok diri sendiri di dalam cermin. Banyak baju-baju kurung yang dah sendat. Kalau baju kebaya tu lagilah..memang tak boleh sarung langsung.

Sampai je di kedai tailor tu, kakak tu pun ambillah ukuran badan saya. Satu kain tu saya buat baju kurung dan satu lagi saya buat kurung moden sebab saya memang sangat suka pakai baju kurung moden. Nak dijadikan cerita, saya datang semula beberapa bulan selepas tu, selepas cuti hari raya yang lepas untuk ambil baju-baju tersebut. Bila saya melangkahkan kaki masuk je ke kedai tu, kakak tu dah tegur saya, "kenapa nampak kurus sangat ni?'

"Hah? Aku kurus sangat ke?" detik hati saya. Kakak tu pun mulalah membebelkan saya dan dia pun suruh saya cuba dulu baju-baju yang dia dah jahit tu. Korang nak tahu??? Semua baju-baju tu nampak macam bukan ukuran badan saya...huhuhuuu....kakak tu pun mulalah membebelkan saya lagi.

"Apahal pulak dia nak membebelkan aku pulak ni?" detik hati saya lagi. Kakak tu pun tanya kat saya, adakah saya kurus sebab puasa? Saya jawab, sebelum-sebelum ni pun bila time puasa tidaklah kurus sangat pun. Kakak tu tak puas hati..dia pun ambil tali tape dan ambil semula ukuran badan saya. Memang betul...saya dah kurus!!! Huhuhuuu...alhamdulillah...

Kakak tu tanya lagi dengan saya, "apa yang kau makan sampai jadi kurus macam ni?" Soalan yang ditanya tu bukannya dalam keadaan bergurau tau. Tapi..dalam keadaan yang sangat serius dan muka dia nmpak sangat menyinga. Saya pun dengan selamba menjawab, "saya makan shaklee je". Lepas tu saya pun dengar jelah dia membebelkan saya. Saya minta juga kakak tu ambil ukuran saya yang baru dan minta tolong supaya dia alter semula baju-baju saya tu.

Nak tahu apa yang saya amalkan?

Saya sangat suka dengan SET KURUS shaklee dan INCH LOSS PLAN shaklee. 


Kalau taknak makan kesemua suplemen di atas pun tak apa. Boleh pilih ikut bajet kita. Tapi, kesannya tu lambatlah sikit..kan? Macam saya, cuma herblax sahaja yang saya tak boleh makan sebab ibu-ibu yang masih menyusukan anak tidak digalakkan untuk mengambilnya. Kalau nak makan juga, boleh. Tapi apa juga kesannya selepas itu kenalah tanggung sendiri yea. Kami para SID Shaklee tidak akan bertanggungjawab keatasnya. 



SEKARANG, saya dah muat semula untuk sarung baju-baju lama termasuk kebaya dan kurung moden saya. 

Alhamdulillahhh..segala-galanya berlaku atas izinNYA jua. Tak perlu nak sarung GIRDLE lagi dah setiap kali nak melaram dengan kebaya atau kurung moden. Nak tahu macam mana caranya? Saya tak pernah 'miss' makan OMEGA GUARD dan lecithin.




ANDA NAK CUBA TAPI TAK TAHU CARA-CARANYA?
SAYA BOLEH CUBA BANTU ANDA SEHABIS BAIK
UNTUK DAPATKAN APA YANG ANDA INGINKAN

NAK DAPATKAN HARGA YANG LAGI MURAH?

KENALAH MENDAFTAR JADI AHLI KELUARGA BESAR SHAKLEE

Rabu, 19 November 2014

Pendapat Pembaca Kepada Mah Yang Suaminya Curang Itu

Beberapa hari ni aku perasan di facebook ramai sangat yang kongsikan cerita tentang nasib seorang isteri yang ditipu oleh suaminya. Mula-mula masa baca tu memang aku sedihlah juga...mana tak sedih, isteri manalah suka suami buat hal macam tu, kan??

Depan isteri bukan main hebat lagi..elok je layan anak-anak dan romantik dengan isteri. Rupa-rupanya??? Tapi..mungkin juga semua tu viral. Wallahualam. Cuma, apa yang aku dapat kupaskan sedikit daripada kisah tu..ISTERI MESTI JAGA PENAMPILAN DIRI!!! Tak kiralah surirumah sepenuh masa ke...bekerjaya ke..MESTI jaga kebersihan dan penampilan diri.

Memang akan ada yang berbunyi macam ni.."Alah..kalau suami nak buat hal, tak kira isteri cantik ke tidak..dia buat hal juga". Betul. Aku tak nafikan. Tapi, sekurang-kurangnya kita berusaha untuk kearah yang lebih baik, kan? Kalau dah memang qada' dan qadar dari ALLAH, siapalah kita untuk menidakkannya, betul?

Aku pernah mengikuti kursus tentang penampilan diri ni. Penceramahnya seorang lelaki. Apa yang dia kata? Orang perempuan ni bila pergi kerja bukan main melawa lagi. Pakai baju elok-elok, bersolek dan sebagainya. 

Tapi, bila hari cuti Sabtu dan Ahad atau masa di rumah, asyiklah pakai kaftan 24 jam. Kadang-kadang kalau leka memasak di dapur, sampai basah-basah kaftan tu. Kalau macam tu siapa yang kita nak persalahkan? Tak kurang juga yang bagi alasan, "alah..aku dah beranak banyak kali dah gemuk macam ni..nak buat macam mana? Memang dah tak boleh kurus dah. Janji aku sihat, okle tu". (Saya bukan mengutuk/memperkecilkan orang yang berbadan besar ye) Tapi sekurang-kurangnya viral di facebook tu boleh kita jadikan contoh dan teladan.

Apa yang patut kita lakukan?

Ini diantara pendapat aku je:-
  1. Sentiasa muhasabah diri
  2. Perbaiki kekurangan pada diri kita
  3. Jaga penampilan, TERUTAMANYA sewaktu di rumah
  4. Sentiasa berwangi-wangian semasa di rumah
  5. Jaga kesihatan diri (kalau perlu pergi slimming center, minta je duit dengan suami)
  6. Komunikasi dua hala sangat penting (antara suami & isteri)
  7. Kalau perlu bersolek, bersoleklah 
  8. Sentiasa wujudkan suasana romantis
  9. Jaga ruang peribadi kita (bilik tidur)
  10. Sekali sekala kita buat kejutan pada tarikh-tarikh istimewa (jangan terlalu mengharap pada suami je utk buat kejutan tu)
Kalau ada pendapat di atas yang agak kurang enak, sila abaikan. Tapi, kita sebagai isteri perlu buat penambahbaikan dan mewarna-warnikan rumahtangga kita. Suami juga perlu tahu perasaan/masalah kita. Sebab itulah aku katakan KOMUNIKASI DUA HALA SANGAT PENTING. Tapi, ada cara-caranya untuk kita berkomunikasi dengan berkesan dan berjaya dengan suami. 

Aku tahu, ada juga yang masih mengekalkan ego masing-masing. Susah untuk melakukan pengorbanan..kan? Sentiasalah muhasabah diri kita. Kita sebagai isteri, dimana tempat kita? Dimana ego kita? Bukanlah kita perlu ikut 100% setiap perintah dan arahan suami. Kena tengok dan nilaikan sendiri. Kalau perlu ditegur, kita tegur dengan cara yang paling berhemah. 

Kesimpulannya, viral di facebook tu mungkin salah satu cara untuk melakukan produk yang penulis tu jual ATAU penulis tu nak tingkatkan trafik blog dia je, kan? Walau apa pun tujuan dia, kita sebagai seorang perempuan boleh berfikir dengan lebih rasional. Orang lelaki ni kadang-kadang perangainya memang sukar untuk dijangka. 

Yang buruk kita jadikan sempadan dan yang elok tu kita jadikan tauladan. Zaman sekarang ni, tak ada apa yang mustahil, kan? Jadi, silalah renung-renungkannya dan cuba berfikir dari sudut yang lebih positif, wallahualam. 


Isnin, 17 November 2014

Testimoni ESP

Entry saya untuk hari ini sudah tentulah testimoni saya tentang ESP..my 1st love!!! Tuan puan boleh pilih nak minum ESP untuk apa? Nak tambahkan berat badankah atau nak kurus? Tapi..kalau minum ESP ni, bukan takat kurus je otot kita pun tak menggeleber tau. Tapi tidaklah minum sehari je dah boleh nampak perubahannya. Kenalah bersabar.

[TESTIMONI ESP UTK KURUS & BANYAKKAN SUSU BADAN]
Sebelum ni saya hanya minum esp untuk banyakkan susu badan & tak perasan langsung tang mana esp tu membantu saya utk kurus. Tapi yg saya perasan, kulit saya makin mulus & gebu, alhamdulillah
Saya perasan esp ni boleh membantu kita utk kurus tanpa berdiet bagai nak gila. Anak-anak yg menyusu juga akan mendapat segala khasiat yg terkandung dalam esp tersebut.
Ceritanya, beberapa hari lepas saya telah miss mengambil sarapan pagi seperti biasa. Sepatutnya sarapan pagi saya ambil seawal jam 8pagi. Tetapi pada hari tersebut, saya berkesempatan mengambil sarapan pagi pd jam 12tengahari dengan membancuh 3 SUDU ESP+MILO & 2 KEPING ROTI GANDUM.
Pada mulanya saya memang rasa masih lapar. Jadi saya pun masuk ke dapur utk sediakan makan tengahari. Namun, waktu ingin makan tengahari, perut saya jadi penuh. Tak mampu dah nak makan banyak-banyak. Nafsu nak makan memang ada tapi perut dah rasa penuh.
Jadi, saya mula perasan..kepada sesiapa yg nak diet & dalam masa yang sama nak susu badan banyak & makan makanan yg seimbang, memang boleh sangat. Cara-caranya mudah saja:-
1. Ambil esp 5 atau 10 minit sebelum waktu sarapan, makan tengahari atau makan malam.
2. Ambil makanan yang seimbang - sedikit nasi (mungkin boleh ambil sesenduk nasi) & lebihkan lauk.
Alhamdulillah, susu badan banyak, bayi yg menyusu kenyang & insyaAllah si ibu kekal bertenaga & boleh kuruslah jugak,kan????

ESP ni bukan sahaja sesuai untuk perempuan, lelaki pun boleh minum. Warga emas pun boleh, orang yang ada kencing manis pun boleh minum sebab kandungan glisemiknya rendah dan sangat sesuai untuk pengidap kencing manis. Untuk orang yang ada masalah gastrik pun elok! Sebab saya dah belikan untuk mak saya yang merupakan pesakit kencing manis dan juga ada masalah gastrik. Alhamdulillah, gastriknya semakin kurang! Suka sangat!!!

Ini ada satu lagi testimoni ESP untuk orang lelaki. Seronok sangat bila dapat positif feedback dari pelanggan. Nak tahu lebih lanjut tentang ESP ni? Boleh je...tengok kat entry ni. 

Nak lagi maklumat detail tentang ESP ni?? Boleh je hubungi saya. InsyaAllah, saya akan bantu anda sehabis baik. 

Sabtu, 15 November 2014

Perkembangan Umairah

Umairah dah boleh meniarap semula
Menjadi adik kesayangan along
Adik kesayangan angah juga
Alhamdulillah, Umairah dah mampu untuk duduk
Tapi masih perlukan bantuan dan sokongan
Umairah dah boleh duduk bersila
Umairah kanak-kanak riang yang kuat semangat
Salah satu kaedah yang kami gunakan 
untuk pulihkan kaki Umairah
Anak manja ayah
Untuk entry kali ini saya kongsikan dengan korang gambar-gambar anak istimewa saya..Nur Umairah. Gambar-gambar ini diambil sepanjang saya bercuti separuh gaji untuk menjaganya. Ini hanyalah sebahagian daripadanya, ada banyak lagi gambar-gambar budak comel ini.

Kalau ditanya apakah usaha yang kami lakukan untuk memulihkan Umairah, saya akan jawab, SANGAT BANYAK!!! Setiap temujanjinya dengan doktor-doktor pakar alhamdulillah tak pernah 'miss'. Kalau terlepas pun mesti kami dapatkan tarikh yang baru.

Selain daripada usaha dengan cara ini, kami juga turut membawa Umairah untuk berurut kerana dia jadi tak pandai berjalan. Fisioterapi juga tak pernah 'miss'. Umairah sangat dikenali ramai ahli terapi sebab dia mesti nangis setiap kali pegi fisio. Tapi, lama-kelamaan bila dia semakin membesar dia dah tak nangis dah! Pakar fisioterapi tu pun pelik dan puji Umairah sebab dia dah tak nangis-nangis dah macam dulu..heheheh..alhamdulillahhh.

Untuk temujanji dengan pakar metabolik so far alhamdulillah, doktor selalu bagi idea-idea bernas kepada kami. Mereka cadangkan supaya Umairah perlu dimasukkan kemana-mana tadika biasa kerana dari situ nanti baru kita tahu samada perkembangan otaknya adalah seperti kanak-kanak biasa ataupun istimewa. Ya ALLAH, aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Umairah.













Apa tindakan kami kepada pengasuhnya dulu? Kami tidak mengambil apa-apa tindakan pun. Aku tahu ramai pasti ramai yang kata kami bodoh sebab tidak membuat aduan dengan pihak polis. Tapi, kalau kami buat aduan sekali pun, atas sebab apa? Diagnosis daripada pihak hospital juga tidak menunjukkan sama ada Umairah didera, dikasari ataupun jatuh. 










Jadi, suamiku membuat keputusan supaya bersikap redho dan kami sama-sama mendoakan semoga ALLAH berikan balasan yang setimpal kepada pengasuh tersebut. Untuk pengetahuan semua pembaca, pengasuh tu sehingga ke hari ini, tidak pernah sekalipun menjenguk kami sekeluarga. Bertanyakan khabar apatah lagi.

Umairah juga turut mempunyai temujanji dengan doktor pakar mata. Selepas kejadian tersebut, matanya makin lama menjadi semakin juling. Hati seorang ibu, selalunya menidakkan ketidaksempurnaan itu. Bagi aku, dia nampak begitu sempurna. Sebenarnya semua tanggapan itu hanyalah untuk menyedapkan hati sendiri je. Nak tahu perkembangan selanjutnya tentang anak istimewaku ini? Tungguuuuuu...heheheheh...

Umairah juga suka melaram ye..hehehheh

Jumaat, 14 November 2014

Kisahku dan Umairah

Masih segar di ingatanku, sepanjang berada di dalam hospital bersama-sama Umairah aku suka sangat pasang nasyid oleh Maher Zain.  Walaupun video klipnya tak ada kena-mengena dengan kisah kami, tapi aku paling suka liriknya. Sangat memberi semangat. Yakin dengan janji ALLAH dan yakin ALLAH sentiasa ada dekat dengan kita. Kalau tak percaya boleh cuba tengok lirik lagunya

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost 
And that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go
Don't despair and never lose hope
Cause ALLAH is always by your side

Insya Allah (2x)
Insya Allah you'll find your way
Insya Allah (2x)
Insya Allah you'll find your way

Every time you commit one more mistake
You feel you can't repent
And that it's way too late
You're so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and you heart is full of shame

Don't despair and never lose hope
Cause ALLAH is always by your side

Insya Allah (2x)
Insya Allah you'll find your way
Insya Allah (2x)
Insya Allah you'll find your way

Turn to ALLAH
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oooo...Ya ALLAh
Guide my steps don't let me go astray
You're the only one that showed me the way
Showed me the way (3x)

Insya Allah (2x)
Insya Allah you'll find your way
Insya Allah (2x)
Insya Allah you'll find your way

Kisah aku dan Umairah tidak habis begitu sahaja. Sepanjang kami berada di HKL doktor pakar sentiasa memantau perkembangan Umairah. Alhamdulillah, syukur yang sangat tidak terhingga kerana setiap hari perkembangan Umairah semakin memberangsangkan. Namun, susu masih lagi diberi melalui tiub. Sedih sangat aku melihatnya. Sedih dalam kegembiraan, aku kira. 

Masih segar diingatan ini pada hari Jumaat sehari sebelum kami dibenarkan pulang, doktor pakar telinga telah datang ke wad kami untuk menjalankan ujian keatas telinga Umairah untuk memastikan yang Umairah tidak pekak. Alhamdulillah, aku menerima berita gembira. Senyuman yang aku lemparkan hingga ke telinga sebaik sahaja doktor tersebut memberitahu yang gegendang Umairah ok dan masih boleh mendengar. Syukur, Ya ALLAH....syukur sangat-sangat!!! Selepas pemeriksaan tersebut kami dua beranak diarahkan untuk membuat pemeriksaan mata pula. 

Aku sentiasa mengharapkan yang jawapannya nanti adalah sesuatu yang bisa menggembirakan aku. Aku masih ingat lagi tengah hari Jumaat tu kami berkampung di Unit Oftalmologi semata-mata untuk menunggu giliran kami dan bos ku juga datang melawat kami disitu. Datang menjenguk setiausahanya yang sedang dilanda musibah. Alhamdulillah, terima kasih bos kerana sudi memahami musibah yang sedang melanda kami. Kesian bos sebab setiausahanya bercuti separuh gaji selama beberapa bulan. Ya, aku mengambil cuti separuh gaji semata-mata untuk menjaga Umairah. Aku redho. 

Selepas solat Jumaat berakhir, maka giliran kami pun tiba untuk pemeriksaan mata Umairah. Korang nak tahu apakah keputusannya? Alhamdulillahhh...doktor mata beritahu yang Umairah masih boleh melihat. Dia masih kecil dan urat-urat matanya masih segar. InsyaAllah dia masih boleh melihat tapi dengan syarat ibu kena rajin buat aktiviti untuk rangsang mata Umairah. Alhamdulillaaahhh...syukur Ya ALLAHHHH...sungguh aku tak mampu untuk menggambarkan betapa gembiranya aku waktu itu. Setibanya di wad kami, doktor yang ditugaskan untuk memantau perkembangan Umairah datang menghampiri kami untuk mengetahui keputusan hasil daripada pemeriksaan mata tu. 

Doktor tu pun tumpang gembira dan dia beritahu aku Umairah anak yang sangat kuat! Semangatnya sangat kuat! Alhamdulillahhh..airmata kegembiraan mengalir dengan sangat laju...sangat-sangat laju dan keesokan harinya kami dibenarkan keluar dari hospital. Saat diberitahu yang kami boleh keluar dari hospital, aku rasa sangat gembira. Tetapi, perjalanan kami masih jauh. Umairah masih perlu perhatian yang sepenuhnya daripada kami sekeluarga. Masih terngiang-ngiang janji suamiku waktu Umairah mula-mula sakit dulu, "Ayah takkan biarkan Umairah sorang-sorang. Selagi ayah hidup, ayah akan jaga Umairah dan pastikan Umairah sihat seperti sediakala". Amiiiinnn...mataku berkaca-kaca saat mendengar suamiku melafazkan janjinya itu. 




Khamis, 13 November 2014

Kisahku Part VI

Walaupun Umairah dah sedar, namun pergerakannya agak terbatas. Banyak pergerakannya menjadi terbantut. Kalau ikutkan sebelum kejadian tersebut Umairah masih menyusu badan. Tetapi, selepas kejadian tersebut, dia dah tak pandai menghisap. Sepanjang kami berada di PPUM, layanan yang diberikan sangat bagus. Doktor-doktor dan jururawatnya juga bagus. 

Memandangkan doktor masih belum menemukan apa-apa bukti lain, aku berbincang dengan suami untuk memohon bertukar mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Agak payah untuk suamiku berulang-alik dari rumah ke PPUM dan nak uruskan anak-anak kami, along dan angah yang sedang bersekolah tadika pada waktu itu. Doktor di PPUM bersetuju dengan hasrat kami maka mereka pun membuat surat sokongan dan menghantarnya ke HKL. Hampir 2 minggu aku berkampung di PPUM demi menemani buah hatiku Umairah dan suamiku menguruskan anak-anak yang lain di rumah sendirian. Maafkan ayang, abang. Terima kasih.

Melihat gambar disebelah membuatkan naluri keibuanku bertambah sayu. Airmataku akhirnya gugur jua. Mengenang kembali segala keperitan dan kesakitan yang telah kau lalui, sayang. 

Alhamdulillah, pihak HKL sudi menerima kami dan kami pun dipindahkan dari PPUM ke rumah baru kami di Unit Peadiatrik 1, HKL. 

Maka bermulalah kehidupan baru kami di rumah baru kami di HKL. Kesihatan Umairah sentiasa dipantau oleh doktor-doktor pakar disitu. Doktor pakar genetik, neurologi dan pakar fisio juga. Sepanjang berada disana, Umairah masih minum susu dengan bantuan tiub dan picagari. Dia juga terpaksa bergantung kepada ubat anti sawan.

Sepanjang berada di HKL, keadaan Umairah semakin baik dan bagus. Ayahnya dan kakak-kakaknya juga kerap menjenguk kami setiap hari tanpa jemu. Umairah seorang bayi yang sangat kuat! Sejak berkampung di HKL, pelbagai karenah dan perangai manusia yang dapat aku lihat. Setabah mana mereka menghadapi setiap dugaan yang mereka hadapi. 

Pernah sekali kami diherdik oleh pakar fisio. Katanya dalam nada yang agak tinggi, "Umairah ni asyik tidur..je. Mak kenalah kejutkan Umairah bangun biar dia aktif". Aku hanya mampu tersenyum. Aku tahu kenapa anakku menjadi pasif begitu dan aku mula membuat ujikaji sendiri. Hasilnya, Umairah akan jadi aktif melakukan pergerakan jika dia tidak diberi ubat anti sawan dan jika diberikan ubat tersebut, dia akan kembali pasif.


Aku tidaklah mengatakan yang aku ni bijak sangat bab-bab perubatan ni. Tapi, kita pun risau kalau anak kita asyik pasif dan tidur sahaja, kan? Aku juga bertanyakan kepada beberapa orang doktor tentang punca sawan dan jawapan yang kuterima semuanya sama sahaja iaitu sawan adalah disebabkan oleh demam panas yang sangat kuat dan juga sawan disebabkan faktor keturunan. Setelah kufikirkan semasak-masaknya, aku nekad untuk tidak memberikan ubat anti sawan kepada Umairah. Alhamdulillah, sawannya tidak pernah menyerang lagi sepanjang kami berada di HKL dan Umairah semakin aktif melakukan pergerakan dan tidak pasif macam dulu lagi.

Aku dan suami sangat-sangat bersyukur kerana Umairah semakin aktif dari yang sebelumnya. Pelbagai usaha alternatif lain yang kami lakukan demi menyelamatkan nyawa Umairah. 

Tak kurang juga emak dan adik-adik yang turut sama membantu membawakan air penawar dan sebagainya. Memang tak terbalas jasa kalian semua. Rakan-rakan pejabat dan rakan-rakan lain juga ramai yang datang melawat sepanjang kami berkampung di HKL. Begitu juga dengan bos ku yang sudi meluangkan masa melawat kami di HKL. Jasa kalian memang tak dapat kami balas. 

Eh, cerita ni dah habis ke? Belum lagiiiii...sebab kami belum discharge lagi, kan? Jadi..stay tune uollssss....hehehehe...

Rabu, 12 November 2014

Kisahku Part V

Alhamdulillah dan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang sudi mengikuti blog ini untuk mengetahui kisahku dan anakku Umairah. Daku mohon maaf kerana entry untuk kisah ini berepisod. Tujuannya? Supaya pembaca yang mengikuti kisah ini merasai dan melalui kesakitan dan penderitaan yang pernah kami lalui. Kisah ini bukannya rekaan, tapi hakikat sebenar yang pernah berlaku kepada keluarga kami. Kepada yang nak flashback kisah ini dari mula, korang boleh je klik Kisahku Part I, Kisahku Part II, Kisahku Part III dan Kisahku Part IV untuk mengetahui kisah-kisah yang lepas. 

Jom kita sambung semula kisahku ini. Setelah dilakukan 2 kali ujian CT Scan terhadap Umairah, segala masalah masih belum dapat dirungkai. Misteri mengapa Umairah jadi begitu juga masih belum terjawab. Doktor-doktor yang datang merawat Umairah juga pelik. Akhirnya, doktor menyarankan supaya ujian MRI dilakukan keatas Umairah. Bayangkanlah, bayi berumur 6 bulan hendak dilakukan ujian itu. Aku redho dan pasrah buat sekian kalinya. Doktor juga meminta supaya aku menghubungi pengasuh dan bertanyakan tentang perkara sebenar. Mengapa Umairah jadi begitu? Bagaimana boleh jadi begitu? Bermacam-macam persoalan bermain-main di kotak fikiranku ini dan aku yakin suamiku serta ahli keluarga kami juga begitu.

Setelah diserang sawan 2 kali, maka kami pun bersetuju dengan cadangan doktor untuk melakukan ujian MRI keatas Umairah. Demimu sayang, ibu dan ayah redho. Kami serahkan segala-galanya pada ALLAH. Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui segala-galanya. Aku masih ingat lagi, pagi itu selepas Umairah dimasukkan ke dalam kapsul ujian itu, aku terus menghubungi pengasuh Umairah. Aku tanya dengan nada yang cukup baik tentang kejadian sebenar yang menimpa Umairah. Jawapannya masih sama, "Umairah minum susu pukul 4.00 petang dan pukul 4.30 petang Umairah tersedak susu. Tiba-tiba je jam 5.00 petang Umairah sesak nafas." 

Korang rasa, korang boleh terima ke jawapan yang macam tu? Takut juga dia bila aku beritahu tentang perihal ahli keluarga kami yang memaksa kami untuk membuat laporan polis. Tapi, aku beritahu pada dia yang suami aku tak terfikir untuk buat laporan polis asalkan dia berikan kerjasama. Tapi, memang itu sahaja alasan yang dia mampu berikan. Aku makin kusut! Untuk pengetahuan semua, sepanjang aku dan Umairah di PPUM tak pernah sekali pun dia datang menjenguk kami. Menelefon apatah lagi. Aku pelik dan rasa tak percaya pada zaman sekarang ni ada juga manusia yang berperangai macam dia. Macam tak ada hati perut langsung. Khabar berita Umairah pun dia tak pernah tanya. 

Sepanjang aku dan Umairah berkampung di PPUM, pelbagai ujian lain turut dilakukan keatasnya seperti ECG dan pemeriksaan mata. Oh ya, hasil daripada ujian MRI yang dilakukan, doktor hanya boleh mendiagnos Umairah mempunyai masalah Watershed Infarct. Walau apa pun keputusan yang kami perolehi, kami masih ada Tuhan sebagai tempat untuk mengadu. Aku masih terus berdoa semoga ALLAH selamatkan anak comel kami ini. Sekali lagi kami menerima tamparan hebat sewaktu mendengar keputusan hasil daripada pemeriksaan mata yang dilakukan keatas Umairah. 

Doktor tu kata, Umairah tak akan dapat melihat lagi. Ya ALLAH, waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku dan suami. Kami hanya mampu berpandangan sesama sendiri. Mataku makin berkaca. Ku tahan supaya kolam airmataku tak bisa pecah. Tetapi, sejurus melangkah keluar dari bilik doktor tersebut, kolam airmataku pecah jua. Namun, jauh disudut hatiku masih ada sedikit harapan yang kusandarkan pada ALLAH. Aku yakin, Umairah masih mampu melihat seperti dahulu. AKU YAKIN!!!

Selasa, 11 November 2014

Kisahku Part IV

Segala kepedihan dan kesengsaraan aku dan suami laluinya dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Alhamdulillah, keluarga kami juga tidak putus-putus menyuntik kata-kata semangat dan memberikan kami kekuatan. 

Bayi yang kukandung 9 bulan akhirnya terlantar begitu sahaja. Alhamdulillah, keadaan Umairah makin stabil. Cuma, dia tidak lagi aktif seperti sebelumnya. Dia hanya terbaring tidak bergerak-gerak. 

Aku masih ingat, sesampainya emakku ke hospital tersebut keesokan harinya, kami saling berpelukan. Disaat itu, airmata ini tidak dapat kubendung lagi. Habis semua berhamburan keluar mencurah-curah. 

Emak juga seperti memahami situasiku saat itu. Kujadikan bahu emak untuk melampiaskan segala kesedihan yang kutahan sebelum ini. Tubuh emak kupeluk sangat erat. Airmata menjadi bahasa isyarat kami pada waktu itu. Tiada kata-kata yang mampu kuluahkan untuk menggambarkan kesedihanku pada tika dan saat itu. 


Aku dengar anakku yang ke-2 bertanyakan pada adikku, "kenapa ibu dengan nenek nangis?" Wahai anak, kau masih terlalu kecil untuk memahami soal hati dan perasaan seorang ibu. 

Sepanjang berada di PPUM, pelbagai pemeriksaan telah dijalankan keatas anakku. Umairah yang bergantung kepada susu badanku diberikan susu formula dengan menggunakan tiub. Aku pula pada waktu itu memang tiada langsung ilmu tentang EBM. Tiada rakan-rakan yang boleh dijadikan rujukan tentang EBM. Maka, susu badanku terbuang begitu sahaja. Setiap kali air susuku menitik, setiap kali itu jugalah air mataku turut sama menitis. Wajah Umairah yang begitu tenang kutatap sepuas-puasnya.

Aku mula berkampung di PPUM menemani Umairah. Sepanjang menemani Umairah disana, aku tidak putus-putus berbisik di telinganya memberikan kata-kata perangsang. Tak kurang juga ku bacakan ayat-ayat quran supaya menjadi halwa telinganya. Pelbagai usaha yang kami lakukan. Suamiku dan anak-anak kami yang 2 orang itu sering juga berulang-alik datang menjenguk kami di hospital. Segala urusan anak-anak yang lagi 2 orang itu semuanya diuruskan oleh suamiku. Terima kasih banyak, suamiku. 

Aku masih ingat, pada suatu pagi yang hening, aku membisikkan kata-kata semangat ke telinga Umairah. Aku bisikkan padanya, "kalau adik buka mata, ibu upah susu". Sesungguhnya ALLAH itu Maha Besar. DIA makbulkan doaku itu dan petang itu anakku jadi sawan. Betul-betul di hadapan mata suamiku dan abang iparnya kejadian itu berlaku. Petang itu satu ujian CT Scan dilakukan ke atas Umairah. Untuk mengetahui punca kenapa berlakunya sawan tersebut. Tetapi, alhamdulillah keputusannya elok dan selepas itu..Umairah sudah mula membuka matanya walaupun dalam keadaan lemah. 

Malam itu juga Umairah diserang sawan sekali lagi. Kali ini betul-betul di hadapan jururawat yang datang untuk memeriksanya. Malam itu, satu lagi ujian CT Scan dilakukan dan keputusannya tetap sama. Umairah tiada masalah apa-apa. Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang pengasuh tersebut, kan? Apa tindakan kami pada mereka dan apakah yang sebenarnya berlaku pada Umairah, kan? Kita sambung esok yea..

Isnin, 10 November 2014

Kisahku Part III

Maka bermulalah episod suka duka dalam keluarga kami. Anak yang ku lahirkan cukup sifatknya dan normal seperti kanak-kanak lain telah berubah. Setelah anakku dapat bernafas dengan stabil, doktor pakar yang berada di HAT Tuanku Mizan telah cuba menghubungi semua hospital-hospital kerajaan yang berdekatan. Tujuannya adalah untuk memastikan apabila sampai je kami ke hospital lain, kami akan terus diberikan rawatan yang sepatutnya. 

Alhamdulillah, akhirnya usaha doktor tersebut berjaya. Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sudi menerima kami. Maka berhijrahlah kami sekeluarga ke PPUM pada malam itu. Aku dan sayangku Umairah di dalam ambulans, suami dan anak-anak lain menaiki kereta. 

Setibanya kami di PPUM, Umairah terus dimasukkan ke Unit Kecemasan dan seterusnya ke ICU. Saat itu tiada airmata aku masih mampu kutahan. Cuma, aku jadi gelabah menghadapi semua situasi itu. Suami dan anak-anak yang lain juga begitu. Kami sekeluarga panik! 

Didalam ICU, sayangku Umairah dipasang dengan segala macam wayar dan dia masih tidak sedarkan diri. Aku dapat lihat dadanya berombak perlahan berjuang meneruskan kehidupan. Sekali lagi aku menerima dugaan hebat. Doktor yang merawat Umairah meminta kebenaran untuk mengambil air tulang belakang. Ya ALLAH, apa yang perlu aku jawab? Siapa yang perlu aku rujuk? Apakah kesannya dikemudian hari? Allahuakbarrr...disaat itu kepalaku semakin semak. Aku dan suami makin hilang punca. Siapa yang perlu kami rujuk?

Namun, aku dan suami terpaksa memberikan kata putus dan kami serahkan segala-galanya pada ALLAH kerana DIA MAHA PENGATUR. Kami memberikan persetujuan tanpa memikirkan kesannya dikemudian hari. Nyawa Umairah lebih penting. Kami redha. Sewaktu aku menjenguk masuk ke dalam biliknya, aku lihat Umairah seakan tidur nyenyak dengan menggunakan oksigen. Tiba-tiba aku terhidu bau yang sangat busuk seperti bau perut ikan. Aku pun memberanikan diri untuk tengok mungkin Umairah buang air besar. 
Memang betul, bau itu datangnya dari najis Umairah yang berwarna hijau gelap dan lembik seperti agar-agar. Ya ALLAH, mengapa sampai begitu sekali? Subhanallaaahhh...

Terus kami panggil doktor yang bertugas untuk buat apa yang patut. Mereka ambil sampel najis tersebut. Malam itu merupakan malam yang panjang buat kami sekeluarga dan kami bermalam di kaki lima wad ICU tersebut. Ku lihat anak-anakku tidur dengan lena. Apalah yang mereka faham dengan situasi begitu. Aku dan suami? Rasa mengantuk hilang begitu saja. Umairah lebih penting dari masa tidur kami.  Kami tidak putus berdoa supaya nyawa anak kami dapat diselamatkan. Selang beberapa minit, aku bangun untuk menjenguk Umairah di dalam. Setiap kali air susuku menitik, setiap kali itulah juga airmataku menitis laju.

Ahad, 9 November 2014

Kisahku Part II

Jom kita sambung cerita semalam...Namun, sungguh malang nasib kami. Belum pun sempat sampai ke rumah, pengasuh dah telefon aku tepat jam 5.00 petang dan suruh kami balik cepat. Aku pun tanpa melengahkan masa menelefon suami dan beritahu tentang pengasuh kami. 

Sampai je kami di rumah pengasuh, kami tengok dia sedang menatang anak kami di depan muka pintu rumahnya. MasyaAllah, apa yang dah berlaku ni? Anakku Nur Umairah kelihatan sangat lembik dan tidak bermaya. Dia hanya bernafas melalui mulut sahaja. Anakku tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja? Kakaknya sibuk bertanyakan kami kenapa dengan adiknya itu. Ya ALLAH...dugaan apakah yang ENGKAU berikan kepada kami ini, Ya ALLAH...

Kami terus ambil anak-anak kami dan membawa Umairah ke hospital yang berdekatan. Sepanjang perjalanan ke hospital, aku hanya mampu menggosok belakang Umairah dan beristighfar. Allahuakbar...dugaan apakah ini Ya ALLAH??

Sampai je kami di Unit Kecemasan, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, aku terus berlari-lari mendukung Umairah untuk diberikan bantuan yang sepatutnya. Alhamdulillah, nasib kami memang baik, ada seorang doktor pakar KEBETULAN berada disitu. Syukur, Ya ALLAH.

Doktor tersebut terus mengarahkan supaya kami membaringkan Umairah dalam keadaan mengiring dan kakitangan disitu terus melakukan tugas mereka. Memberi Umairah bantuan pernafasan dan melakukan suction kerana takut anakku tersedak susu. Aku dan suami hanya mampu melihat mereka melakukan apa sahaja yang patut demi untuk menyelamatkan nyawa anak kami. Hanya kepada ALLAH sahaja kami serahkan segala-galanya pada waktu itu. 



Kalau diperhatikan dengan betul-betul gambar di atas, boleh nampak kesan belakang kepalanya dan telinganya kemerah-merahan seperti melecet. 

Sayu hatiku tiap kali melihat kembali gambar ini. Huhuhuuu...

Nak tahu apa yang berlaku selanjutnya? Kita sambung esok yea...TUNGGUUUUU

Sabtu, 8 November 2014

Kisahku Part I

Walaupun pada mulanya misi untuk update entry adalah merupakan tugasan yang diberikan oleh sifu Shaklee saya, 'UPDATE BLOG SETIAP HARI / 30 entry untuk November (1 entry satu hari, jangan ckp tak tau nak tulis ape..mcm2 boleh update'.

Jadi, saya cuba sahut cabaran atau dengan ayat yang lebih lembut lagi cuba buat apa yang disuruh itu dengan sehabis baik. Untuk entry kali ini, aku nak kongsikan tentang kisah aku dan anakku yang ISTIMEWA. Tang mana ISTIMEWAnya dia tu? Kenalah ikuti kisahku ini sampai habis..boleh? Hehehehee....

Anak yang aku panggil ISTIMEWA ini lahirnya normal seperti bayi-bayi yang lain. Alhamdulillah, cukup sifatnya. Memang sangat molek kejadiannya. Subhanallah. Tapi, semuanya telah tertulis dalam qada' dan qadar ALLAH, satu kejadian telah menimpa anak ISTIMEWA kami ini. (Semoga ALLAH berikan aku kekuatan untuk berkongsi kisahku ini dengan kamu semua, amiiin).
Bayi berumur 6 bulan yang cukup sifatnya ini yang aku namakan Nur Umairah, aku hantar ke rumah pengasuh seperti biasa sebelum pergi ke tempat kerja. Kejadian ini berlaku pada hari Jumaat, bulan April 2011. Dua hari sebelum kejadian, waktu ambil dia selepas balik kerja badannya panas macam nak demam. Memang betul, malam tu suhu badan makin panas. Jadi, keesokan harinya aku pun ambil cuti kecemasan.

Biasalah kita sebagai ibu-ibu ni..waktu cuti macam ni lagilah banyak masa yang terluang dengan anak-anak..kan? Lepas mandikan dia, aku perasan jari-jari kaki dia kemerah-merahan macam melecet. Aku siap ambil gambar dan MMS pada suami yang sedang bekerja. Maklumlah..waktu tu tak wujud lagi whatsapp ni. Kami pun guna handphone biasa-biasa je masa tu.

Malam tu demam pun dah kurang dan Umairah semakin aktif bermain. Jadi, keesokannya harinya kami pun hantarlah Umairah ke rumah pengasuhnya itu. Aku pesan juga pada suami supaya bertanya dengan pengasuh anak kami tentang jari kakinya yang melecet tu dan jawapannya, "biasalah..budak-budak dah pandai merangkak ni memang macam tu". Aku makin pelik. Bukannya aku tak pernah tengok kanak-kanak yang merangkak ni macam mana. Alasan itu memang sangat pelik! Jadi, aku pun mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada pengasuh itu sekali lagi masa aku ambil Umairah nanti.

Namun, sungguh malang nasib kami. Belum pun sempat sampai ke rumah, pengasuh dah telefon aku tepat jam 5.00 petang dan suruh kami balik cepat. Nak tahu kenapa? Ikuti sambungannya dalam entry esok, ok?

Jumaat, 7 November 2014

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Seumur hidup ini, aku tak pernah terfikir sekali pun untuk menceburkan diri dalam bisnes MLM ni. TAK PERNAH!!! DULU, aku pernah join satu MLM ni..tapi bukan dengan kerelaan hati. Kena paksa join..aku pun ikut jelah. Selepas tu pun ada lagi beberapa rakan yang ajak aku ikut serta mereka dalam macam-macam jenis MLM ni. Semuanya aku tolak.

Alhamdulillah, ALLAH temukan jodohku dengan Shaklee yang kukenali melalui seorang sahabat di pejabat. Titik permulaan hanyalah dengan membeli ESP semasa mengandungkan anak ke-4.

Tapi, aku mula menyertai ahli keluarga Shaklee ni pada awal tahun ni. Join pun hanya untuk SUKA-SUKA sahaja. Memang tak ada misi yang tertentu. Misi untuk tambah pendapatan jadi perkara nombor 2. Pelik, kan? Kenapa aku join sebab SUKA-SUKA? Sebab aku punya sukalah! Hahahahhaha...takdelah..sebab aku just nak kongsikan apa kebaikan yang aku dapat selama aku consume vitamin Shaklee. Itu je.

Tapi, nak dijadikan cerita...aku dipertemukan dengan upline yang hebat-hebat! Mereka nak berjaya sama-sama dengan kita. Bukannya kita join dan beli bila perlu sahaja. Mereka tahu yang aku join sambil-sambil untuk tambah pendapatan keluarga. Jadi, upline aku ni telah masukkan aku kedalam kumpulan Whatsapp SID Shaklee yang memang betul-betul nak berjaya. 

Alhamdulillah, sejak dari aku join kumpulan tu...misi aku semakin cerah. Kalau DULU, aku join Shaklee hanya untuk SUKA-SUKA, sekarang TIDAK LAGI! Aku dah mula ubah misi utamaku itu...nak tahu apa dia? Jeng, jeng, jenggggg.......

Inilah MISI UTAMAKU sekarang....aku sentiasa berdoa, semoga bisnes Shakleeku berjaya sebab aku nak bawa EMAK, SUAMI & ANAK-ANAKKU ke rumah ALLAH ini. InsyaAllah, semoga ALLAH permudahkan segala urusanku dan memakbulkan doaku ini, amiiinnn. 

Hati ini jadi sayu setiap kali menitipkan doa tersebut. Semoga ALLAH berikan kesihatan yang berpanjangan kepada emakku supaya panjang umurnya untuk aku bawa emak ke rumahNYA nanti, amiiinnn. 

Aku bukannya berasal dari keluarga yang kaya. Punya harta dan wang ringgit yang banyak. Arwah ayah juga bukannya pesara kerajaan. Emak, hanya surirumah sahaja. Aku dan suami juga bukannya bergaji besar. Simpanan kami juga belum tentu cukup untuk bawa emak dan kami semua ke sana. Adakah permintaanku ini sangat keterlaluan? 

Hanya padaMU sahaja YA ALLAH, aku bermohon supaya ENGKAU makbulkan doa hambaMU yang hina ini. Aku ingin berjaya dalam bisnes Shaklee dengan pendapatan ribuan ringgit dan KAU permudahkanlah segala urusanku.....amiiinnn ya rabbal alamiiinnn.