slider1

Rabu, 19 November 2014

Pendapat Pembaca Kepada Mah Yang Suaminya Curang Itu

Beberapa hari ni aku perasan di facebook ramai sangat yang kongsikan cerita tentang nasib seorang isteri yang ditipu oleh suaminya. Mula-mula masa baca tu memang aku sedihlah juga...mana tak sedih, isteri manalah suka suami buat hal macam tu, kan??

Depan isteri bukan main hebat lagi..elok je layan anak-anak dan romantik dengan isteri. Rupa-rupanya??? Tapi..mungkin juga semua tu viral. Wallahualam. Cuma, apa yang aku dapat kupaskan sedikit daripada kisah tu..ISTERI MESTI JAGA PENAMPILAN DIRI!!! Tak kiralah surirumah sepenuh masa ke...bekerjaya ke..MESTI jaga kebersihan dan penampilan diri.

Memang akan ada yang berbunyi macam ni.."Alah..kalau suami nak buat hal, tak kira isteri cantik ke tidak..dia buat hal juga". Betul. Aku tak nafikan. Tapi, sekurang-kurangnya kita berusaha untuk kearah yang lebih baik, kan? Kalau dah memang qada' dan qadar dari ALLAH, siapalah kita untuk menidakkannya, betul?

Aku pernah mengikuti kursus tentang penampilan diri ni. Penceramahnya seorang lelaki. Apa yang dia kata? Orang perempuan ni bila pergi kerja bukan main melawa lagi. Pakai baju elok-elok, bersolek dan sebagainya. 

Tapi, bila hari cuti Sabtu dan Ahad atau masa di rumah, asyiklah pakai kaftan 24 jam. Kadang-kadang kalau leka memasak di dapur, sampai basah-basah kaftan tu. Kalau macam tu siapa yang kita nak persalahkan? Tak kurang juga yang bagi alasan, "alah..aku dah beranak banyak kali dah gemuk macam ni..nak buat macam mana? Memang dah tak boleh kurus dah. Janji aku sihat, okle tu". (Saya bukan mengutuk/memperkecilkan orang yang berbadan besar ye) Tapi sekurang-kurangnya viral di facebook tu boleh kita jadikan contoh dan teladan.

Apa yang patut kita lakukan?

Ini diantara pendapat aku je:-
  1. Sentiasa muhasabah diri
  2. Perbaiki kekurangan pada diri kita
  3. Jaga penampilan, TERUTAMANYA sewaktu di rumah
  4. Sentiasa berwangi-wangian semasa di rumah
  5. Jaga kesihatan diri (kalau perlu pergi slimming center, minta je duit dengan suami)
  6. Komunikasi dua hala sangat penting (antara suami & isteri)
  7. Kalau perlu bersolek, bersoleklah 
  8. Sentiasa wujudkan suasana romantis
  9. Jaga ruang peribadi kita (bilik tidur)
  10. Sekali sekala kita buat kejutan pada tarikh-tarikh istimewa (jangan terlalu mengharap pada suami je utk buat kejutan tu)
Kalau ada pendapat di atas yang agak kurang enak, sila abaikan. Tapi, kita sebagai isteri perlu buat penambahbaikan dan mewarna-warnikan rumahtangga kita. Suami juga perlu tahu perasaan/masalah kita. Sebab itulah aku katakan KOMUNIKASI DUA HALA SANGAT PENTING. Tapi, ada cara-caranya untuk kita berkomunikasi dengan berkesan dan berjaya dengan suami. 

Aku tahu, ada juga yang masih mengekalkan ego masing-masing. Susah untuk melakukan pengorbanan..kan? Sentiasalah muhasabah diri kita. Kita sebagai isteri, dimana tempat kita? Dimana ego kita? Bukanlah kita perlu ikut 100% setiap perintah dan arahan suami. Kena tengok dan nilaikan sendiri. Kalau perlu ditegur, kita tegur dengan cara yang paling berhemah. 

Kesimpulannya, viral di facebook tu mungkin salah satu cara untuk melakukan produk yang penulis tu jual ATAU penulis tu nak tingkatkan trafik blog dia je, kan? Walau apa pun tujuan dia, kita sebagai seorang perempuan boleh berfikir dengan lebih rasional. Orang lelaki ni kadang-kadang perangainya memang sukar untuk dijangka. 

Yang buruk kita jadikan sempadan dan yang elok tu kita jadikan tauladan. Zaman sekarang ni, tak ada apa yang mustahil, kan? Jadi, silalah renung-renungkannya dan cuba berfikir dari sudut yang lebih positif, wallahualam. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan