slider1

Rabu, 12 November 2014

Kisahku Part V

Alhamdulillah dan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang sudi mengikuti blog ini untuk mengetahui kisahku dan anakku Umairah. Daku mohon maaf kerana entry untuk kisah ini berepisod. Tujuannya? Supaya pembaca yang mengikuti kisah ini merasai dan melalui kesakitan dan penderitaan yang pernah kami lalui. Kisah ini bukannya rekaan, tapi hakikat sebenar yang pernah berlaku kepada keluarga kami. Kepada yang nak flashback kisah ini dari mula, korang boleh je klik Kisahku Part I, Kisahku Part II, Kisahku Part III dan Kisahku Part IV untuk mengetahui kisah-kisah yang lepas. 

Jom kita sambung semula kisahku ini. Setelah dilakukan 2 kali ujian CT Scan terhadap Umairah, segala masalah masih belum dapat dirungkai. Misteri mengapa Umairah jadi begitu juga masih belum terjawab. Doktor-doktor yang datang merawat Umairah juga pelik. Akhirnya, doktor menyarankan supaya ujian MRI dilakukan keatas Umairah. Bayangkanlah, bayi berumur 6 bulan hendak dilakukan ujian itu. Aku redho dan pasrah buat sekian kalinya. Doktor juga meminta supaya aku menghubungi pengasuh dan bertanyakan tentang perkara sebenar. Mengapa Umairah jadi begitu? Bagaimana boleh jadi begitu? Bermacam-macam persoalan bermain-main di kotak fikiranku ini dan aku yakin suamiku serta ahli keluarga kami juga begitu.

Setelah diserang sawan 2 kali, maka kami pun bersetuju dengan cadangan doktor untuk melakukan ujian MRI keatas Umairah. Demimu sayang, ibu dan ayah redho. Kami serahkan segala-galanya pada ALLAH. Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui segala-galanya. Aku masih ingat lagi, pagi itu selepas Umairah dimasukkan ke dalam kapsul ujian itu, aku terus menghubungi pengasuh Umairah. Aku tanya dengan nada yang cukup baik tentang kejadian sebenar yang menimpa Umairah. Jawapannya masih sama, "Umairah minum susu pukul 4.00 petang dan pukul 4.30 petang Umairah tersedak susu. Tiba-tiba je jam 5.00 petang Umairah sesak nafas." 

Korang rasa, korang boleh terima ke jawapan yang macam tu? Takut juga dia bila aku beritahu tentang perihal ahli keluarga kami yang memaksa kami untuk membuat laporan polis. Tapi, aku beritahu pada dia yang suami aku tak terfikir untuk buat laporan polis asalkan dia berikan kerjasama. Tapi, memang itu sahaja alasan yang dia mampu berikan. Aku makin kusut! Untuk pengetahuan semua, sepanjang aku dan Umairah di PPUM tak pernah sekali pun dia datang menjenguk kami. Menelefon apatah lagi. Aku pelik dan rasa tak percaya pada zaman sekarang ni ada juga manusia yang berperangai macam dia. Macam tak ada hati perut langsung. Khabar berita Umairah pun dia tak pernah tanya. 

Sepanjang aku dan Umairah berkampung di PPUM, pelbagai ujian lain turut dilakukan keatasnya seperti ECG dan pemeriksaan mata. Oh ya, hasil daripada ujian MRI yang dilakukan, doktor hanya boleh mendiagnos Umairah mempunyai masalah Watershed Infarct. Walau apa pun keputusan yang kami perolehi, kami masih ada Tuhan sebagai tempat untuk mengadu. Aku masih terus berdoa semoga ALLAH selamatkan anak comel kami ini. Sekali lagi kami menerima tamparan hebat sewaktu mendengar keputusan hasil daripada pemeriksaan mata yang dilakukan keatas Umairah. 

Doktor tu kata, Umairah tak akan dapat melihat lagi. Ya ALLAH, waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku dan suami. Kami hanya mampu berpandangan sesama sendiri. Mataku makin berkaca. Ku tahan supaya kolam airmataku tak bisa pecah. Tetapi, sejurus melangkah keluar dari bilik doktor tersebut, kolam airmataku pecah jua. Namun, jauh disudut hatiku masih ada sedikit harapan yang kusandarkan pada ALLAH. Aku yakin, Umairah masih mampu melihat seperti dahulu. AKU YAKIN!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan