slider1

Jumaat, 14 November 2014

Kisahku dan Umairah

Masih segar di ingatanku, sepanjang berada di dalam hospital bersama-sama Umairah aku suka sangat pasang nasyid oleh Maher Zain.  Walaupun video klipnya tak ada kena-mengena dengan kisah kami, tapi aku paling suka liriknya. Sangat memberi semangat. Yakin dengan janji ALLAH dan yakin ALLAH sentiasa ada dekat dengan kita. Kalau tak percaya boleh cuba tengok lirik lagunya

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost 
And that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go
Don't despair and never lose hope
Cause ALLAH is always by your side

Insya Allah (2x)
Insya Allah you'll find your way
Insya Allah (2x)
Insya Allah you'll find your way

Every time you commit one more mistake
You feel you can't repent
And that it's way too late
You're so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and you heart is full of shame

Don't despair and never lose hope
Cause ALLAH is always by your side

Insya Allah (2x)
Insya Allah you'll find your way
Insya Allah (2x)
Insya Allah you'll find your way

Turn to ALLAH
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oooo...Ya ALLAh
Guide my steps don't let me go astray
You're the only one that showed me the way
Showed me the way (3x)

Insya Allah (2x)
Insya Allah you'll find your way
Insya Allah (2x)
Insya Allah you'll find your way

Kisah aku dan Umairah tidak habis begitu sahaja. Sepanjang kami berada di HKL doktor pakar sentiasa memantau perkembangan Umairah. Alhamdulillah, syukur yang sangat tidak terhingga kerana setiap hari perkembangan Umairah semakin memberangsangkan. Namun, susu masih lagi diberi melalui tiub. Sedih sangat aku melihatnya. Sedih dalam kegembiraan, aku kira. 

Masih segar diingatan ini pada hari Jumaat sehari sebelum kami dibenarkan pulang, doktor pakar telinga telah datang ke wad kami untuk menjalankan ujian keatas telinga Umairah untuk memastikan yang Umairah tidak pekak. Alhamdulillah, aku menerima berita gembira. Senyuman yang aku lemparkan hingga ke telinga sebaik sahaja doktor tersebut memberitahu yang gegendang Umairah ok dan masih boleh mendengar. Syukur, Ya ALLAH....syukur sangat-sangat!!! Selepas pemeriksaan tersebut kami dua beranak diarahkan untuk membuat pemeriksaan mata pula. 

Aku sentiasa mengharapkan yang jawapannya nanti adalah sesuatu yang bisa menggembirakan aku. Aku masih ingat lagi tengah hari Jumaat tu kami berkampung di Unit Oftalmologi semata-mata untuk menunggu giliran kami dan bos ku juga datang melawat kami disitu. Datang menjenguk setiausahanya yang sedang dilanda musibah. Alhamdulillah, terima kasih bos kerana sudi memahami musibah yang sedang melanda kami. Kesian bos sebab setiausahanya bercuti separuh gaji selama beberapa bulan. Ya, aku mengambil cuti separuh gaji semata-mata untuk menjaga Umairah. Aku redho. 

Selepas solat Jumaat berakhir, maka giliran kami pun tiba untuk pemeriksaan mata Umairah. Korang nak tahu apakah keputusannya? Alhamdulillahhh...doktor mata beritahu yang Umairah masih boleh melihat. Dia masih kecil dan urat-urat matanya masih segar. InsyaAllah dia masih boleh melihat tapi dengan syarat ibu kena rajin buat aktiviti untuk rangsang mata Umairah. Alhamdulillaaahhh...syukur Ya ALLAHHHH...sungguh aku tak mampu untuk menggambarkan betapa gembiranya aku waktu itu. Setibanya di wad kami, doktor yang ditugaskan untuk memantau perkembangan Umairah datang menghampiri kami untuk mengetahui keputusan hasil daripada pemeriksaan mata tu. 

Doktor tu pun tumpang gembira dan dia beritahu aku Umairah anak yang sangat kuat! Semangatnya sangat kuat! Alhamdulillahhh..airmata kegembiraan mengalir dengan sangat laju...sangat-sangat laju dan keesokan harinya kami dibenarkan keluar dari hospital. Saat diberitahu yang kami boleh keluar dari hospital, aku rasa sangat gembira. Tetapi, perjalanan kami masih jauh. Umairah masih perlu perhatian yang sepenuhnya daripada kami sekeluarga. Masih terngiang-ngiang janji suamiku waktu Umairah mula-mula sakit dulu, "Ayah takkan biarkan Umairah sorang-sorang. Selagi ayah hidup, ayah akan jaga Umairah dan pastikan Umairah sihat seperti sediakala". Amiiiinnn...mataku berkaca-kaca saat mendengar suamiku melafazkan janjinya itu. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan