Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika yang merupakan pemenang Nobel Prize, telah menemui satu rahsia penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza dan mempunyai tahap kesihatan yang berbeza-beza.
Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Manakala, kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara, bekerja sebagai pemburu dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolesterol, menghidapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.
Satu penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut dalam telah dijalankan dan membuktikan bahawa ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi iaitu dikenali sebagai EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet daran dan melambatkan pembentukan thrombus atau thrombosis, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.
American Public Health Association mengesyorkan untuk makan ikan air laut dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan (playing cards) sebanyak 2 kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. Ia akan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan