slider1

Jumaat, 28 November 2014

Kenapa Perempuan Mudah Menangis?



Umairahku sayang
Ibu tak mampu nak bayangkan jika ibu kehilanganmu
Kehadiranmu sama seperti kakak-kakak dan adikmu
Ibu tak pernah sekali-kali menganggapmu sebagai anak kelainan upaya
Kerana ibu yakin, Umairah juga mampu lakukan seperti kanak-kanak yang lain

Kalau dulu, Umairah hanya mampu terbaring kaku
Kini Umairah sudah mampu melompat-lompat
Mahupun berlari-lari seperti kanak-kanak lain

Kalau dulu, Umairah hanya diam membisu
Kini Umairah sudah mampu menuturkan kata-kata
Walaupun adakalanya ibu tak faham apa butir bicaramu, sayang

Kalau dulu, matamu tidak sesempurna kanak-kanak lain
Ibu dan ayah tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik untukmu, sayang
Alhamdulillah, matamu sudah cantik seperti kanak-kanak yang lain

Namun, ibu dan ayah tidak pernah membezakanmu
Malah tidak sedikit pun kami membezakanmu dengan adik-beradik yang lain

Wahai kesayangan ibu dan ayah
Dulu, pernah orang lemparkan pelbagai ayat-ayat yang tidak enak untuk didengar
Ibu dan ayah tetap yakin dengan janji ALLAH
Biarlah mereka katakan sayang ibu ni bodoh
Biarlah mereka katakan sayang ibu ni juling sekalipun
Ibu yakin dan pasti, semua itu hanya sementara

Pada ibu, ALLAH itu MAHA BESAR lagi MAHA BERKUASA
Biarlah ALLAH jua yang menentukan segala-galanya

Ibu dan ayah sentiasa mendoakan
Semoga anak-anak ibu dan ayah menjadi anak-anak yang soleh dan solehah
Berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak
Amiiiinnnn



Jumaat, 21 November 2014

Gemuk Air?

Siapa pernah dengar tentang 'Gemuk Air?' Korang tahu tak apa yang dimaksudkan dengan 'Gemuk Air' tu? Adakah ianya berlaku sebab banyak sangat minum air? 

Dah tu, macam mana nak kurus? Sebab ada yang kata kalau nak kurus dan dapatkan kulit yang cantik kena minum air dengan banyak, kan? Oh, TIDAAAAAAKKKKk!!!!!

Stress kita, kan? Mana satu yang betul ni. Kena minum air dengan banyak atau jangan minum air banyak-banyak? Saya taknak gemuk air...huhuhuuu...

Tolong jangan salah faham ye semua..'Gemuk Air' sebenarnya bukan sebab kita banyak minum air TAPI 'Gemuk Air' adalah disebabkan kita KEKURANGAN AIR DALAM BADAN. Kenapa? Tak percaya ke?

'Gemuk Air' ni berlaku apabila otak mendapati tuan punya badan jarang mendapatkan air dengan kadar yang mencukupi atau dengan ayat yang lebih mudah, kita tidak minum air dengan kuantiti yang betul. Jadi, secara automatik otak kita akan mengatur supaya air disimpan di dalam sel badan untuk kegunaan pada waktu-waktu kecemasan. 

Selain daripada kekurangan air dalam badan, 'Gemuk Air' juga berpunca akibat TERLALU BANYAK GARAM DALAM BADAN. Ini boleh berlaku kepada peminat tegar makanan masam dan juga mereka yang suka makan makanan masin dan masam. Apabila seseorang itu makan makanan masam dalam kuantiti yang banyak, maka ia akan menghalang penyerapan air ke dalam sel badan. Situasi ini akan mengakibatkan badan mula kekurangan kuantiti air.

Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Ada tips ke untuk atasi masalah ni? 

Dah tentulah ada...jom kita cuba buat. 








1.   Minum Banyak Air Kosong

Punca utama seseorang itu mengalami masalah gemuk air ialah kerana kekurangan air di dalam badan. Jadi, banyakkan meminum air kosong atau air putih bagi memastikan anda bukan sahaja dapat mengatasi masalah gemuk air. Bahkan mencegah badan anda daripada mengalami dehidrasi.
Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Paling penting, kurangkan pengambilan minuman bersoda dan bergula.
2.   Kurangkan Makanan Bergaram
Garam di dalam makanan berfungsi untuk memastikan masakan anda cukup rasa dan menyedapkan. Namun, elakkan daripada meletakkan garam terlalu banyak di dalam makanan anda. Garam merupakan penyebab utama terjadinya kelebihan air dalam tubuh. Hindari makanan yang mengandungi  garam tinggi, termasuk juga garam yang tersembunyi dalam makanan segera.
3.    Amalkan Bersenam
Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga.
Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.
4.   Perbanyakkan Pengambilan Sayuran dan Buah-Buahan
Pengambilan sayur-sayuran dan  buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.
Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga  penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.
5.    Elakkan Mengambil Makanan Tinggi Kalori
Kunci utama bagi menentukan sesuatu diet itu berjaya atau tidak ialah cara pemakanan anda. Salah satu yang harus dititik beratkan ketika diet ialah elakkan daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan kalori.
Hindari makanan yang mempunyai lemak yang tinggi seperti coklat dan pizza. Sia-sia sahaja anda gigih bersenam, sedangkan anda tidak menjaga pola pemakanan dengan betul. Bukan itu sahaja, usaha anda untuk mengatasi masalah gemuk air ini juga tidak akan berjaya.
Apapun yang kita buat dalam kehidupan perlu ada kesungguhan. Kalau setakat di mulut sahaja dok cakap kata nak kurus dan taknak gemuk, tapi tiada kesungguhan untuk capai target tu, memang tak ada gunanya. Renung-renungkanlah.