Kita selalu mendengar tentang masalah tekanan darah tinggi, kan? Tapi mesti juga pernah dengar tentang masalah tekanan darah rendah, betul tak? Kepada yg tak tahu tu..mari sini saya terangkan apakah yang dimaksudkan dengan tekanan darah rendah itu.
Tekanan darah rendah atau hipotensi adalah keadaan dimana tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh badan seseorang sehingga organ dari badan tidak pendapat aliran darah yang cukup hingga boleh menyebabkan timbulnya gejala hipotensi.
Masalah ini tak sama tau pada semua orang sebab ianya membabitkan kawalan utama otak, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah. Sebab tu ianya jadi berbeza-beza.
Bagaimana nak tahu tanda-tanda kita ada masalah tekanan darah rendah?
- Cepat lelah
- Sukar untuk berkonsentrasi
- Pening kepala ketika posisi badan berubah
- Mata berkunang-kunang
- Mual
- Kulit berasa dingin, pucat dan lembap
- Pernafasan cepat dan pendek
- Depresi
- Cepat haus
- Sentiasa letih
- Pening kepala dan pitam
- Apabila lakukan aktiviti fizikal, mudah sesak nafas
- Warna kulit bertukar jadi pucat
- Penurunan berat badan
- Kadar denyutan jantung yang cepat
- Lemah daya ingatan
Apa punca masalah ini?
- Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal.
- Dehidrasi - mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
- Masalah jantung - denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah.
- Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan 'erythropoitein'.
- Kekurangan hormon - paras hormon tiroid yang rendah.
- Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia.
Risiko anemia semasa hamil
- Peratusan tinggi untuk lahirkan anak pramatang
- Pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan
Apa yang perlu dilakukan sekiranya menghadapi masalah ini?
- Bangun dari duduk/berbaring secara perlahan
- Jangan berdiri terlalu lama
- Jangan berdiri terlalu lama di bawah sinaran matahari
- Diet rendah karbohidrat
- Banyakkan minum air putih
- Hindarkan diri dari pengambilan alkohol
- Jika perlu, tambahkan sedikit pengambilan garam
- Lakukan aktiviti senaman secara teratur
~ Set yang dicadangkan ~ |
* Jom jadi ahli Shaklee dengan saya. Saya akan bantu anda untuk sama-sama berjaya dengan saya *
HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT
ATAU PEMBELIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan