Pengalaman semasa mengandung adakalanya sangat indah dan adakalanya sangat susah. Semuanya telah ditetapkan Tuhan. Saya sendiri sangat bersyukur kerana disepanjang tempoh kehamilan ALLAH telah permudahkan saya. Cuma, sewaktu mengandungkan anak yang ketiga, saya ada sedikit masalah tekanan darah rendah dan kencing manis.
Bayangkanlah masa tu, nak kena jaga pemakanan supaya jangan terlebih manis dan dalam masa yang sama nak kena jaga pula tekanan darah supaya jangan rendah sangat...huhuhuuu...haru jugalah..tapi kira ok sebab tidaklah sampai muntah hijau, kan?
Bayangkanlah masa tu, nak kena jaga pemakanan supaya jangan terlebih manis dan dalam masa yang sama nak kena jaga pula tekanan darah supaya jangan rendah sangat...huhuhuuu...haru jugalah..tapi kira ok sebab tidaklah sampai muntah hijau, kan?
Walau bagaimanapun, pengalaman itu memang sangat indah. Lain anak yang kita mengandungkan lain pula pengalamannya, kan? Cuma masa mengandungkan anak yang keempat barulah saya diperkenalkan dengan Shaklee.
Jadi, soalan saya...perlu ke ibu-ibu mengandung ni ambil suplemen? Ok, kita ada 2 pilihan..sama ada makan je suplemen-suplemen yang sesuai atau kalau kita tak yakin, kita boleh dapatkan pendapat/tanya dulu dengan doktor yang check kita tu (kalau rasa tak yakin).
Untuk entry kali ini, saya nak kongsikan kelebihan-kelebihan yang kita dapat kalau ibu-ibu hamil ni mengambil suplemen disepanjang tempoh kehamilan mereka.
Untuk entry kali ini, saya nak kongsikan kelebihan-kelebihan yang kita dapat kalau ibu-ibu hamil ni mengambil suplemen disepanjang tempoh kehamilan mereka.
Apa yang ibu-ibu hamil ni dapat kalau mereka makan suplemen yang betul disepanjang tempoh kehamilan mereka?
- Mengurangkan risiko kecacatan pada bayi.
- Elakkan kelahiran bayi pramatang.
- Elakkan kekurangan berat ketika bayi dilahirkan.
- Memberi tenaga & kekuatan kepada ibu-ibu mengandung.
- Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu-ibu yang loya, muntah-muntah & tiada selera makan.
Memang betul semuanya telah ditetapkan oleh Tuhan, tapi tidak salah untuk kita berusaha, kan? Seperti yang kita tahu, ibu-ibu hamil berkongsi nutrisi dengan bayi mereka. Jadi, mereka sangat perlukan vitamin dan mineral tambahan. Adakah makanan harian yang mereka makan tu cukup nutrisinya? Mungkin tidak!!!
Apakah suplemen yang boleh diambil oleh ibu-ibu hamil ni? Selalunya yang kita tahu..ibu-ibu hamil ni perlukan zat besi (iron), asid folik, kalsium dan omega 3.
Namun, suplemen-suplemen ini hanya sebagai makanan tambahan sahaja. Mereka masih perlu mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan air. Maklumlah, waktu mengandung ni apa yang kita makan bukan untuk kita seorang sahaja. Semuanya kita kongsikan bersama dengan bayi yang dalam kandungan kita tu.
Jadi, fikir-fikirkanlah apa yang perlu kita lakukan untuk mengatasi masalah-masalah kesihatan yang mungkin kita hadapi disepanjang tempoh kehamilan nanti. Lebih baik kita berusaha untuk mengatasinya daripada menanggung akibat yang mungkin kita tak mampu nak hadapinya kelak, wallahualam.
hai kak
BalasPadamSetujuuu. Kita wajib menjaga kesihatan dan pemakanan kita demi anak yg dikandung
BalasPadamhai shazana rosli
BalasPadamayu mohamad, masih ada juga orang-orang diluar sana yang tak aware tentang semua ni. Mereka tak tahu waktu mengandung tanggungjawabnya lagi berat. Ada nyawa lain yang perlu kita jaga dan ambil berat, kan? Semoga ALLAH berikan petunjuk kepada orang-orang begini supaya dia sedar akan tanggungjawabnya dan tak menyesal di kemudian hari.