slider1

Isnin, 27 Oktober 2014

Tips dan Pantang Larang Pengambilan VItamin

Orang yang melahirkan tentu kena berpantang, kan? Apa kesannya kalau ibu-ibu yang melahirkan itu dia tak ikut cara-cara berpantang yang betul? Apa risiko yang mereka akan hadapi di kemudian hari? Mesti ramai yang tahu..kan?? Sama juga kalau kita nak sihat dan nak kuruslah..mesti ada pantang larang yang kita kena ikut, betul tak? 

Hatta, apa juga cara yang digunakan untuk kurus MESTI ada pantang larang atau tatacara yang perlu kita ikuti. Contohnyalah..kalau lepas bersalin kita mesti nak kena pakai bengkung. SEBAB?? Kalau kita tak berbengkung..tu yang perut semua habis boroi. Lain pula kesnya kalau yang bersalin dengan cara operation tu. Jadi, untuk kali ini saya kongsikan tentang tips dan pantang larang pengambilan vitamin..k!

  1. AIR - Minum air kosong yang mencukupi mengikut sukatan pengambilan untuk sehari. Sebagai panduan, berat badan 25kg perlukan 1L air kosong sehari. Kalau begitu, jika berat badan kita 50kg dah tentulah kita kena minum 2L air kosong untuk sehari, kan? Tapi...tak perlulah minum sekaligus. Minum sikit-sikit. Macam saya, di pejabat paling mudah! Sambil-sambil duduk buat kerja di pejabat, sedar tak sedar dah hampir 2L air kosong yang saya minum dalam sehari. Susah ke? 
  2. UBAT - Elakkan makan vitamin bersama ubat klinik/hospital yang kita dapat. Seelok-eloknya jarakkan pengambilan. Sekurang-kurangnya 2 jam jarak antara vitamin dengan ubat.
  3. ALFALFA, VITAMIN E & GLA COMPLEX - Elakkan pengambilan alfalfa bersama vitamin E & GLA Complex kerana alfalfa akan mengganggu penyerapan vitamin E.
  4. OSTEMATRIX, ESP & VITA-LEA - Elakkan pengambilan ostematrix (kalsium) bersama vita-lea(iron) kerana kalsium akan menghalang penyerapan iron. ESP juga mengandungi kalsium, jadi elakkan pengambilannya bersama vita-lea atau apa-apa supplimen lain yang mengandungi iron. Jarak pengambilan antara supplimen-supplimen ini adalah 2 jam. Kalsium sebaiknya diambil sebelum tidur pada waktu malam kerana kalsium dapat berada paling lama dalam badan sewaktu kita sedang tidur.
  5. VITAMIN & KAFEIN - Elakkan pengambilan vitamin bersama kafein seperti kopi dan nescafe kerana ianya akan mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin. Kalau betul-betul teringin nak minum juga, boleh..sila jarakkan masa pengambilan antara kafein dan juga vitamin sekurang-kurangnya 2 jam, ok!
  6. PESAKIT THALASEMIA - TIDAK BOLEH mengambil vita-lea kerana ianya mempunyai iron.
  7. PESAKIT SLE - TIDAK BOLEH mengambil alfalfa kerana alfalfa mengandungi sejenis asid amino-L-canavanine yang boleh menyebabkan keradangan.
  8. PESAKIT ANEMIA - TIDAK BOLEH mengambil alfalfa kerana ia boleh memusnahkan sel darah merah.
  9. PROTEIN - Sebaiknya diambil di waktu pagi semasa perut kosong kerana waktu pagi metabolisme kita tinggi. Selain daripada itu, elakkan daripada membancuhnya dengan air panas yang suhunya melebihi 30 darjah celcius kerana protein mudah rosak dalam suhu yang tinggi. Kita boleh gunakan air suam atau air sejuk untuk membancuh ESP. Boleh je kalau nak campur dengan minuman lain. Boleh tengok resepinya DISINI
  10. VITAMIN C - Kalau rasa nak demam, batuk atau selsema, boleh diambil 2 biji dan dipatahkan 2 supaya lebih mudah diserap oleh badan. Maksimum boleh ambil 2 biji.
  11. VITA-LEA - TIDAK BOLEH diambil dengan minuman bersusu, berkafein, teh, telur & walnut kerana ianya boleh mengganggu penyerapan zat besi (iron). Lebih elok diambil bersama dengan Vitamin D kerana zat besi memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap.
  12. VITAMIN LARUT LEMAK (A, D, E, K) - Diambil selepas mengambil makanan berlemak/berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.
  13. VITAMIN E - Diambil sebiji selepas makan. TIDAK BOLEH diambil sekaligus bersama GLA, Alfalfa dan Vita-Lea dalam satu masa kerana alfalfa akan mengganggu penyerapan Vitamin E.
  14. NUTRIFERON - Untuk meningkatkan imunisasi boleh diambil 2 -3 sachet seminggu atau boleh juga diambil apabila perlu (sakit, demam dan lain-lain, 2 kali sehari, pagi dan malam sehingga sembuh).
  15. PERFORMANCE DRINK - tiada sukatan tertentu. Boleh diambil sebanyak mana yang diingini dan pada bila-bila masa sahaja.
  16. VIVIX - 1 sudu teh sahaja diambil pada waktu pagi atau sebelum tidur.
  17. LECITHIN - Untuk kurus boleh diambil 5 minit sebelum makan atau selepas makan. Maksima 10 biji sama ada selepas makan tengah hari dan makan malam sahaja ATAU selepas sarapan, makan tengah hari dan makan malam. 
  18. OMEGA GUARD - Ibu hamil, 1 biji sahaja sehari dan MESTI berhenti pengambilannya pada minggu-minggu akhir kehamilan. Ibu menyusu, 1 -2 biji sehari. Bagi orang dewasa yang hendak menguruskan badan, anda boleh mengambil 3 biji sehari 5 minit sebelum makan. Kenapa? Sebab ianya boleh membantu mengurangkan selera makan kita. Bagi kanak-kanak kecil (1 - 3 tahun) boleh ambil 1 biji, 2 - 3 kali seminggu. Untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas boleh mengambil 1 biji sehari.
Nak tahu dengan lebih lanjut? Boleh je hubungi saya..nak join terus dengan group saya pun boleh. InsyaAllah, saya akan memberikan bimbingan dan khidmat nasihat secara berterusan.


* Jom jadi ahli Shaklee dengan saya. Saya akan bantu anda untuk sama-sama berjaya dengan saya *


HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT ATAU PEMBELIAN
Norita Hamid
PM/SMS/Whatsapp : 017-2365866
Fb : Norita Hamid
Fb Page : Che Ta Vitamin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan