Entry kali ni saya nak kongsikan kisah saya dan girdle/bengkung. Kita biasa sebut dalam bahasa Inggeris, "Girdle" yang sebenarnya dalam Bahasa Malaysia ialah bengkung.
Baiklah jom kita tengok apa maksud "Girdle" ni sebenarnya? Merujuk kepada Longman Dictionary of Contemporary English, "Girdle" ialah a firm undergarment for women, worn round the waist & hips, that supports & shapes the stomach, hips & bottom.
Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula "bengkung" bermaksud kain pembebat /pembalut perut (pinggang dan lain-lain).
Saya mula memakai bengkung selepas melahirkan anak sulung saya pada tahun 2005. Tujuan saya memakai bengkung itu adalah untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik. Maklumlah..saya memang suka mengenakan pakaian yang berfesyen seperti baju kurung moden dan kebaya. Gambar bengkung disebelah kiri tu lebih kurang macam yang saya pernah pakai sebelum ni.
Jadi, bila kita pakai bengkung semasa mengenakan busana-busana tersebut, bentuk tubuh badan menjadi lebih cantik dan lebih elok dipandang mata. Segala lemak-lemak dapat dilindungi oleh bengkung tadi.
Jadi, bila kita pakai bengkung semasa mengenakan busana-busana tersebut, bentuk tubuh badan menjadi lebih cantik dan lebih elok dipandang mata. Segala lemak-lemak dapat dilindungi oleh bengkung tadi.
Memang tidak dinafikan, terdapat pelbagai jenis bengkung atau girdle di luar sana dan girdle yang saya gunakan ini memang tidak berubat dan khusus untuk kecantikan sahaja, tak mahal mana pun harganya. Nak beli yang mahal-mahal tak berapa nak mampu..kewangan memang tidak mengizinkan. Huhuhuu. Jadi, saya teruskan memakai bengkung tersebut sehingga tahun 2012 sebelum saya mengandungkan anak keempat.
Nak dijadikan cerita, saya mula berjinak-jinak dengan Set Kurus ni selepas melahirkan anak keempat pada tahun 2013. Alhamdulillah, sekarang ni kalau saya nak mengenakan baju kurung moden ataupun kebaya, saya tak perlu pakai bengkung lagi! Seriously saya memang sangat tak percaya yang saya boleh mengenakan busana-busana itu tanpa berbengkung!!! Perut saya dah tak buncit! Punggung pun tak melebar serta menggeleber.
Percaya tak kalau saya katakan, semasa saya memakai bengkung, setiap kali saya tanggalkan je bengkung tu, habis menggeleber balik perut dan segala lemak-lemak yang ada? Memang terasa kehodohannya saat itu.
Tetapi sekarang, alhamdulillah saya dah boleh kembali bergaya dengan busana-busana kesukaan saya tanpa perlu memikirkan tentang perut yang buncit atau lemak-lemak degil yang menggeleber itu.
Kini, saya dah boleh pakai semula baju-baju kurung moden & kebaya yang lama-lama tu. Kalau nak tahu dengan lebih detail apa khasiat Set Kurus yang saya amalkan tu, nanti saya masukkan dalam entry akan datang, k? Kalau rasa tak sabar nak tahu juga, silalah hubungi saya. InsyaAllah, saya sedia hulurkan bantuan.