slider1

Selasa, 23 September 2014

My First Love, Eva!!!


"Cintaku hanya padamu"..kekononlee..sentap pula hasben saya nanti. Ni cinta pertama saya dengan supplemen. Sampai ke hari ini ESP tetap tak menghampakan saya.

Kenapa saya cakap macam tu? Tentulah..sebab ianya bukan takat banyakkan susu, mencerahkan kulit dan buat kita kenyang! Tapi, ESP juga boleh bantu kurangkan masalah gastrik, uols. Alhamdulillah, sebab ESP telah membantu kurangkan masalah gastrik emak saya. Lega rasa hati, sekurang-kurangnya saya dapat berbakti dengan mak saya dengan cara begitu. Ni cerita pasal masalah gastrik mak saya tu.

Baru-baru ni mak saya nampak sangat tidak sihat. Kesian saya tengok mak. Adik saya pun bawalah mak datang ke Kuala Lumpur dan bawa mak untuk pemeriksaan kesihatan di salah sebuah hospital kerajaan kat KL ni. Alhamdulillah, dari pemeriksaan mak memang ok. Tapi, mak saya masih juga sakit-sakit. Doktor pun bekalkan mak saya dengan pelbagai vitamin. Mungkin mak kekurangan vitamin, kot.

Pernah satu hari tu, mak makan beberapa biji buah langsat sebelum dia tidur. Keesokan pagi masa saya bangun, saya tengok mak duduk termenung kat atas katil. Rupa-rupanya mak tak tidur semalaman sebab gastrik dia. Sumpah saya tak perasan. Tidur mati rupanya..huhuhuuu... Jadi, pagi tu saya terfikir untuk bancuhkan susu mak dicampur dengan ESP. Saya pun bancuhkan 2 sudu susu + sesudu ESP dan bagi mak minum. Lepas tu mak makan sarapan macam biasa. Selepas beberapa jam selepas sarapan, saya pun hulurkan mak sebiji Sustained Release Vitamin C. Alhamdulillah, mak makan dengan mudah. Nampak bertenaga jugalah mak seharian tu. 

Malamnya, saya bancuhkan lagi 2 sudu susu + sesudu ESP macam pagi tadi. Alhamdulillah, keesokan paginya bila mak bangun pagi mak bagitau lena dia tidur malam tu. Keesokan harinya pun sama, dah sedap makan macam-macam kuih dan makanan lain termasuk cempedak goreng, sebelum tidur saya bancuhkan lagi susu dan ESP tu. Alhamdulillah, ianya berkesan! Gastrik mak dah hilang! Tapi saya pesan kat mak, mak mesti minum air masak lebih. 
   
Seronokkan, kalau kita dapat kongsikan sesuatu kebaikan yang dapat memberikan manfaat kepada orang yang kita sayang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan