slider1

Khamis, 26 Jun 2014

INCH LOSS PLAN???

Bentuk badan yang bagaimana anda semua inginkan? Bentuk epal atau pear? Kalau tanya saya..saya prefer bentuk pear! Hehehehehe... 

Baru-baru ni saya pulun mengganti puasa yang tertinggal pada tahun lepas dan telah berlaku satu kejutan pada saya. Memang sangat tak sangka!!! 

Alhamdulillah, selepas bersalin tahun lepas..seluar jeans saya sendat je bila dipakai. Tapi selepas pulun mengganti puasa baru-baru ni seluar jeans tersebut dah jadi longgar!!! 



Hahahahah...seronok sangat!! Mungkin ada yang kata saya kurus sebab berpuasa, kan? Tapi..ada juga kes dimana walaupun berpuasa tapi badan macam tu juga. Dah le berat tak turun, bentuk badan pun maintain juga macam tu. Nak tahu apa yang saya amalkan masa berpuasa tu? Jom saya kongsikan.

Waktu bersahur saya cuma bancuh milo+esp+cinch dan makan 2 atau 3 biji kurma serta 1 atau 2 keping roti. Lepas tu saya telan vita-lea dan vita c sebiji je setiap satu. Selalunya kalau puasa confirm masing-masing letih tak bermaya, betul tak? Tapi saya tak rasa macam tu pun...memang berkesan vitamin-vitamin yang saya makan tu. Balik je dari kerja, saya mesti menyusukan anak saya dulu. Bayangkanlah, kita berpuasa dah tentu tak makan di siang hari, kan? Tapi susu badan alhamdulillah masih banyak. Kenyanglah juga anak saya disusukan.

Waktu berbuka saya dahulukan dengan 2 atau 3 biji kurma, air masak dan makan nasi. MESTI nak makan nasi. Tapi tak lalu sangat nak makan banyak-banyak. Selalunya saya lebih suka minum air kosong dalam kuantiti yang banyak. Iyelah, siang kita dah berpuasa dan badan dah kekurangan air, betul tak? Lepas berbuka puasa saya telan omega, lecithin dan alfalfa. Sebelum tidur kalau lapar saya bancuh oats dan telan 4 biji ostematrix. Tak lupa juga, sebelum tidur atau sambil-sambil menonton televisyen saya buat senaman-senaman ringan terutamanya senaman untuk kempiskan perut. 

Paling saya suka buat ialah bicycle crunch. Pendek kata, tiada alasan untuk tidak bersenam, kan? Bukannya susah...sambil-sambil baring boleh je buat dengan anak-anak. Nak lagi bagus, ajak je suami buat sekali. Perut kita kempis, perut suami pun kempis..kan? 

~ Tepuk dada, tanya selera ~
Bila saya pakai semula jeans yang sendat tu, memang saya sangat tak sangka sebab terasa longgar sangat-sangat! Mungkin orang akan kata semua tu ayat untuk melariskan jualan produk shaklee..tapi memang bukan niat saya begitu. Yang saya tahu, cinch shake memang khasiatnya adalah untuk INCH LOSS PLAN. 

Saya lebih suka menggunakan testimoni diri saya sendiri untuk dikongsikan dengan orang ramai. Barulah kita yakin. Nak tahu apa khasiat ESP? Boleh je jenguk DISINI. Cinch Shake ni ada tiga perisa iaitu cafe latte, coklat dan vanilla. Cinch Shake ni bukan untuk kaum wanita sahaja tau. Kaum lelaki pun boleh juga.

Tahukah anda? 
Setiap kali kita minum Cinch Shake ni apa yang kita akan dapat?
  • 24 gram protein
  • 24 jenis vitamin & mineral penting
  • 6 gram serat larut
* Dicadangkan diambil bersama 1 sudu ESP

Kenapa??
Kerana protein digunakan untuk membina otot & ototlah yang akan menaikkan kadar metabolisma kita serta membakar kalori. 

Untuk pengetahuan semua, makanan yang kaya dengan protein juga boleh menahan kelaparan. Jadi, ia akan membantu kita mengurangkan pengambilan makanan diantara waktu makan. 

Tambahan lagi, Cinch Shake ini turut diperkasakan dengan Leucine (nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita).

Faedah Utama:-
  1. Rendah Indeks Glisemik - 22; sesuai untuk penghidap kencing manis dan mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  2. 24 gram protein bagi setiap hidangan untuk membantu kita merasa kenyang
  3. Tinggi kandungan serat - 6 gram serat setiap hidangan
  4. Penggunaan soya bebas GMO
  5. Tiada perasa, pewarna atau pemanis tiruan

Ujian Klinikal Keatas Formula Leucine
Di dalam percubaan awal, saintis Shaklee menguji formula proprietari yang dipertingkatkan dengan leucine. (Leucine merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat di dalam protein tertentu). 

Program ini yang dipertingkatkan pemakanan leucine telah menunjukkan ianya dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass). 




Mereka yang menjalani program ini telah kehilangan lemak, berat, inci dan pada masa yang sama telah mengekalkan otot mereka.


* Jom jadi ahli Shaklee dengan saya. Saya akan bantu anda untuk sama-sama berjaya dengan saya *


HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT ATAU PEMBELIAN
Norita Hamid
PM/SMS/Whatsapp : 017-2365866
Fb : Norita Hamid
Fb Page : Che Ta Vitamin

Selasa, 24 Jun 2014

Masalah Tekanan Darah Rendah???

Kita selalu mendengar tentang masalah tekanan darah tinggi, kan? Tapi mesti juga pernah dengar tentang masalah tekanan darah rendah, betul tak? Kepada yg tak tahu tu..mari sini saya terangkan apakah yang dimaksudkan dengan tekanan darah rendah itu.

Tekanan darah rendah atau hipotensi adalah keadaan dimana tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh badan seseorang sehingga organ dari badan tidak pendapat aliran darah yang cukup hingga boleh menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. 

Masalah ini tak sama tau pada semua orang sebab ianya membabitkan kawalan utama otak, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah. Sebab tu ianya jadi berbeza-beza.

Bagaimana nak tahu tanda-tanda kita ada masalah tekanan darah rendah?
  • Cepat lelah
  • Sukar untuk berkonsentrasi
  • Pening kepala ketika posisi badan berubah
  • Mata berkunang-kunang
  • Mual
  • Kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • Pernafasan cepat dan pendek
  • Depresi
  • Cepat haus
  • Sentiasa letih
  • Pening kepala dan pitam
  • Apabila lakukan aktiviti fizikal, mudah sesak nafas
  • Warna kulit bertukar jadi pucat
  • Penurunan berat badan
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Lemah daya ingatan
Apa punca masalah ini?
  1. Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal.
  2. Dehidrasi - mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  3. Masalah jantung - denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah.
  4. Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan 'erythropoitein'.
  5. Kekurangan hormon - paras hormon tiroid yang rendah.
  6. Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia.
Risiko anemia semasa hamil
  • Peratusan tinggi untuk lahirkan anak pramatang
  • Pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan
Apa yang perlu dilakukan sekiranya menghadapi masalah ini?
  1. Bangun dari duduk/berbaring secara perlahan
  2. Jangan berdiri terlalu lama
  3. Jangan berdiri terlalu lama di bawah sinaran matahari
  4. Diet rendah karbohidrat
  5. Banyakkan minum air putih
  6. Hindarkan diri dari pengambilan alkohol
  7. Jika perlu, tambahkan sedikit pengambilan garam
  8. Lakukan aktiviti senaman secara teratur
~ Set yang dicadangkan ~

* Jom jadi ahli Shaklee dengan saya. Saya akan bantu anda untuk sama-sama berjaya dengan saya *


HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT 
ATAU PEMBELIAN
Norita Hamid
PM/SMS/Whatsapp : 017-2365866

Fb : Norita Hamid
Fb Page : Che Ta Vitamin

Selasa, 17 Jun 2014

Resipi ESP Yang Mudah & Lazat

ESP ni memang banyak betul khasiatnya. Bukan sahaja boleh diminum, malah boleh dibuat masker juga.

Ok, untuk entry kali ini saya kongsikan antara resipi-resipi ESP. Maklumlah..ada orang tak boleh nak telan ESP tu macam tu je, kan? Sama jugalah macam saya..masa mula-mula kenal ESP dulu..saya bancuh ESP dengan susu kotak UHT Dutch Lady perisa strawberi tu...rasa peliklah juga..tapi lama-lama makin ok! Susu Ducth Lady tu jadi makin pekat kalau dah campur dengan ESP ni. 

Dah lama-lama tu baru pandai minum ESP campur dengan milo..horlicks. Ada juga yang campur dengan Sunquick oren tu..yang tu tak lalu pula nak telan. Boleh juga kalau nak campur Muesli ataupun Oat. Jom kita pelbagaikan lagi cara meminum ESP ni.
  1. ESP + air kosong sahaja (suam/sejuk)
  2. ESP + Cinch Shakes
  3. ESP + Performance Drink
  4. ESP + Cinch Shakes + Milo/Horlicks
  5. ESP + Fresh Milks atau apa-apa susu kegemaran kita
  6. ESP + Performance Drink + Meal Shake
  7. ESP + Nesvita 3in1
  8. ESP + apa-apa jenis jus buah-buahan
  9. ESP + Sunquick
  10. ESP + Ribena
Selain daripada resipi-resipi di atas, kita boleh juga ambil ESP bersama dengan makanan sunnah seperti kismis, badam, mahupun kurma. Mudah saja..ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu & biarkan beberapa minit. Lepas tu blend dengan 1 sudu ESP. Elok untuk tambah tenaga & juga tambah susu badan)

Tak percaya boleh cuba..Ada 1 lagi resipi yang saya dapat daripada perkongsian Prof Dr. Muhaya iaitu ESP + koko + minyak zaitun + oat + madu + susu (semua bahan-bahan tersebut bancuh dan blend) Sangat elok untuk otak, tenaga dan diet yang sihat. 

Nanti saya akan kongsikan pula cara-cara buat masker sendiri dengan menggunakan ESP, ye. Tak rugi beli ESP ni..seisi rumah boleh minum, boleh buat masker lagi. Jimat, kan? Pendek kata, banyak sungguh faedah ESP ni...cuma orang tahu dengan tidak jelah.

* Jom jadi ahli Shaklee dengan saya. Saya akan bantu anda untuk sama-sama berjaya dengan saya *


HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT ATAU PEMBELIAN
Norita Hamid
PM/SMS/Whatsapp : 017-2365866
Fb : Norita Hamid
Fb Page : Che Ta Vitamin

Jumaat, 13 Jun 2014

Cara Makan Vitamin di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan..alhamdulillah, tak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelma. Bulan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam. Bulan yang membeikan pelbagai nikmat & pahala. Adakah kita semua dah bersedia untuk menghadapinya? Apa target kita untuk Ramadhan kali ini? 

Semoga kita semua berjaya melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan itu. Oklah, sebenarnya entry saya kali ni memang ada kaitannya dengan bulan Ramadhan a.k.a bulan puasa. Hehehehe...dah tentulah tentang Shaklee. Macam mana ek kita nak makan vitamin-vitamin yang kita beli ni masa dalam bulan puasa? Pening jugalah kepala ni dok memikirkannya, kan?

Tapi..sebelum tu, kita perlulah dahulukan dengan amalan-amalan sunnah. Kata nak dapat pahala lebih..kan? Adalah lebih baik untuk kita semua bangun untuk bersahur. Sekurang-kurangnya minum air suam dan memakan 3 biji kurma. Begitu juga semasa waktu berbuka puasa. 

Biasakan diri dengan dahulukan memakan 3 biji kurma dan sedikit air manis. Kalau saya, saya memang amalkan minum air suam dan memakan 3 biji kurma. Lepas tu kalau nak solat pun tidaklah mengah sangat, kan? Bayangkan kalau kita dah terlebih makan. Maklumlah..dalam bulan Ramadhan ni, masa kita tengah lapar menahan penat dan dahaga ni, nafsu akan menguasai kita. Jadi, masa nilah kita kena banyakkan bersabar. Cuba lawan nafsu tu. Rasulullah pun galakkan kita untuk besederhana, kan? Jangan sampai membazir. 

Kalau saya, waktu sahur saya ambil sedikit supplemen Shaklee. Kenapa saya syorkan macam tu? Mestilah kerana saya dah alami perbezaannya..beza bila bersahur dengan mengambil ESP+Vita-C+Vitalea ni. Masa berbuka pun begitu juga. Saya ambil lecithin+omega dan alfalfa. Jadi, dalam entry kali ni saya kongsikan jadual yang sesuai untuk memudahkan pengamal-pengamal supplemen Shaklee ni, k! 

~ Jadual makan vitamin di bulan puasa ~
Kalau tak nak ikut jadual tu pun boleh juga. Buat je macam ni:-
  1. Yang biasa ambil pagi - ambil lepas berbuka puasa
  2. Yang biasa ambil tengah hari - ambil lepas Tarawih/moreh
  3. Yang biasa ambil malam - ambil masa sahur
Cara terakhir, sila hubungi pengedar Shaklee anda untuk dapatkan keterangan yang lebih lanjut. Semoga kita semua mendapat pahala yang berlipat ganda di bulan Ramadhan yang mulia nanti..ameeen.

* Jom jadi ahli Shaklee dengan saya. Saya akan bantu anda untuk sama-sama berjaya dengan saya. *


HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT ATAU PEMBELIAN
Norita Hamid
PM/SMS/Whatsapp : 017-2365866
Fb : Norita Hamid
Fb Page : Che Ta Vitamin

Khamis, 12 Jun 2014

Cara Pengambilan Vitamin Sihat

Mula-mula saya kenal Shaklee dulu, saya tak tahu langsung tentang cara pengambilan vitamin ni. Memang zero!! Tapi tulah, sekarang ni kan zaman IT..semuanya mudah..dihujung jari je, kan? Minta tolong je kat pakcik Google, dah boleh dapat jawapan, kan? Jadi, untuk entry kali ini..saya kongsikan dengan semua, jadual pengambilan vitamin dengan cara yang betul.

Walau bagaimanapun, kita boleh je ambil vitamin-vitamin ini mengikut kesesuaian badan kita. Sila tengok pada botol, kotak, ataupun pada bekas vitamin yg anda beli. Disitu ada je tulis berapa banyak yg perlu anda ambil untuk sehari. 

Kalau tak yakin, sila rujuk semula dengan pengedar Shaklee anda. Ada juga beberapa panduan yang perlu kita patuhi supaya vitamin-vitamin ini tidak memudaratkan tubuh badan kita. 

Sebab, ada je orang yang menyalahkan vitamin yang diambil. Semuanya kerana cara pengambilan yang tidak betul.

Harus diingat, bagi orang dewasa kita memerlukan sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Nak tahu dengan lebih terperinci, sila jenguk DISINI.

Disebabkan cara pengambilan vitamin yang tidak betul, ditambah pula dengan faktor-faktor penyumbang yang lain, apa jua vitamin yang kita ambil akan jadi kurang berkesan. 



Jom, kita amalkan gaya hidup sihat!!! Mulakan ia dari sekarang!!! Sila dapatkan khidmat nasihat daripada pakar kesihatan atau pakar nutrisi terlebih dahulu sekiranya anda tidak yakin untuk mengambil apa jua bentuk supplemen.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit *

HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT ATAU PEMBELIAN
Norita Hamid
PM/SMS/Whatsapp : 017-2365866
Fb : Norita Hamid
Fb Page : Che Ta Vitamin

Rabu, 11 Jun 2014

Shaklee Haram???

Betul ke Shaklee ni haram? Kenapa pulak haram ni? Ramai orang yang meragui kehalalan produk-produk keluaran Shaklee ni, kan? Saya juga salah seorang daripada mereka tu. Tapi..itu dululah..masa saya buta mata & buta hati tentang Shaklee ni. Tapi sekarang, alhamdulillah saya dah faham..dah celik mata & hati tentang Shaklee ni. 

Sijil halal pun ada juga tau. Sijil ini menyenaraikan produk-produk Shaklee yang telah menjalani pemeriksaan bahan-bahan yang digunakan kerana seringkali kami diajukan soalan tentang isu halal ni terutamanya apabila ianya berkaitan dengan bovine gelatin Shaklee (softgel seperti lecithin, omega guard, Vitamin E, GLA dan lain-lain lagi.  

- Sijil halal yang terkini dengan produk terbaru Shaklee "PSYTOCOL-ST" ~

- Sijil halal yang dikeluarkan awal tahun 2014 ~
Untuk pengetahuan semua...produk-produk keluaran Shaklee yang masuk ke Malaysia telah mempunyai sijil halal daripada Islamic Services of America (ISA). ISA ni adalah badan yang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jadi, korang boleh klik DISINI utk semak sama ada badan Islam yang bagi status halal kat produk-produk Shaklee ni sah ke tidak, k?

Ramai juga yang tidak tahu bahawa Shaklee ni bukan terdapat di Malaysia sahaja produknya..negara-negara lain juga ada tau. Antaranya ialah jiran terdekat Malaysia, Indonesia. Masa National Conference yang lepas, mereka ada datang tau untuk meraikan ahli keluarga Shaklee di Malaysia ni...bangga, kan? 

Ok, untuk pengetahuan semua, setiap negara mempunyai jenis produk Shaklee yang berbeza. Bagi Malaysia, sudah tentulah hanya produk yang halal je akan dibawa masuk. Walaupun adakalanya terdapat beberapa jenis produk adalah sama tetapi kilang pembuatannya adalah berbeza iaitu untuk produk yang halal akan dibuat di kilang yang berbeza dengan produk-produk yang tidak halal. 




HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT ATAU PEMBELIAN
Norita Hamid
PM/SMS/Whatsapp : 017-2365866
Fb : Norita Hamid
Fb Page : Che Ta Vitamin 




Khamis, 5 Jun 2014

Persediaan Ramadhan Al-Mubarak

Seronok rasanya bila bangun je setiap hari badan kita rasa segar, kan? Jadi, bagaimana persiapan korang semua dengan Ramadhan yang bakal menjelma? Dah bersedia dari segi jasmani dan rohani tak? Bagaimana pula keadaannya dengan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak? Stok susu ok tak? 

Jom saya kongsikan cerita saya berpuasa dengan ESP. Seperti orang lain, saya akan bangun bersahur dan kebiasaannya saya akan amalkan dengan memakan kurma serta makan roti ataupun nasi. Sebelum saya mengamalkan pengambilan ESP ni memang saya akan terasa letih dan mengantuk sewaktu di pejabat. 

Tetapi kalau saya bersahur dengan kurma, roti dan juga ESP yang turut saya bancuh dengan Milo + Cinch Shake, esoknya sewaktu di pejabat memang kurang rasa mengantuk. Untuk pengetahuan semua, Cinch Shake tu juga elok diambil untuk Inch Loss Plan. 

Lepas habis makan dan minum saya pun telan SR Vita-C sebiji untuk lebih bertenaga gitu...sebiji SR Vita-C tu bersamaan dengan 7 biji buah limau yea. Hehehehe..alhamdulillah, sepanjang berada di pejabat memang tak rasa mengantuk dan balik kerja nanti saya teruskan susukan anak saya. 

Untung,kan? Kita kekal bertenaga walaupun berpuasa, anak pun kenyang kita susukan, boleh kurus pulak tu! Muka pun tak kusam! Waaahh...memang rugi kalau korang tak cuba ESP ni..

ESP ni membekalkan tenaga untuk kita tau. Jadi, kepada ibu-ibu yang bekerjaya dan mementingkan kesihatan kena cuba ESP ni. Kalau tengok pada nutrisi ESP ni memang penuh berkhasiatlah. 



Mana tidaknya, non-GMO tu..non-genetically modified organism atau dalam bahasa melayunya bukanlah organisma yang diubah secara genetik. Kalau nak tahu apa lagi khasiat yang terkandung dalam ESP ni boleh jenguk DI SINI.

Jadi sempena Ramadhan yang bakal menjelma ni, saya nak cadangkan ketiga-tiga makanan tambahan ni untuk diamalkan oleh seisi keluarga. Maknanya, dari ibu bapa hinggalah ke anak-anak juga boleh amalkan sebagai penambah tenaga. Sebagai ibu, mesti dia nak seisi rumahnya sihat dan bertenaga, kan? 

Performance Drink (PD) memang sangat sesuai kalau dihidangkan semasa berbuka puasa. Rasanya lebih kurang sama seperti air 100 plus, cuma PD ni tidak berkarbonat. 

Meal Shakes memang sangat sedap rasanya. Sangat sesuai untuk sesiapa yang menghadapi masalah anak-anak yang susah nak makan, athma, masalah sembelit dan macam-macam lagilah. 



TETAPI, perlu diingat!!! Setiap supplemen di atas perlu diambil mengikut kuantiti yang telah ditetapkan. 

Oklah, kalau ada yang berkenan..silalah cari saya yea...kalau nak jadi ahli keluarga Shaklee, tapi tak tahu bagaimana, insyaAllah saya boleh bantu anda.  


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*


HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT ATAU PEMBELIAN
Norita Hamid
PM/SMS/Whatsapp : 017-2365866
fb : Norita Hamid
Fb Page : Che Ta Vitamin


Selasa, 3 Jun 2014

Jamu Moden Boleh Kuruskan Badan???

JAMU MODEN?? Tak pernah dengar pun? Iyeke ada Jamu Moden? Hahahahhaa..memang ada jamu moden...tapi dengan Shaklee je tau. Kenapa saya kata jamu moden? 

Kerana ia adalah merupakan jamu tradisional orang putih dan mereka menggunakannya untuk pelbagai jenis masalah kesihatan terutamanya bagi kaum wanita selepas mereka melahirkan anak, kaum lelaki dan juga kanak-kanak.

Tahukah anda apakah JAMU MODEN yang saya maksudkan itu? Inilah jawapannyaaaaa....


Disebabkan Alfalfa ini mempunyai banyak kebaikannya kepada semua golongan manusia, maka Dr. shaklee telah merumuskan formula Alfalfa menjadi Alfalfa Complex yang sangat bermanfaat.

Apa itu Alfalfa?

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala zat. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah tanah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

Shaklee menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk Kalsium, Fosforus, Zat Besi dan Magnesium serta Klorofil, Bioflavonoid, pelbagai mineral suih dan vitamin. 


Ia juga sangat bermanfaat dalam penyerapan protein dan karbohidrat. Alfalfa juga telah digunakan sekian lama di Afrika sebagai 'milk booster' bagi ibu yang menyusukan anak.

Apa Keistimewaan Alfalfa?
  • Ditanam tanpa semburan bahan kimia
  • Pilnya boleh dihancurkan dan dicampur dengan air (minuman herba semulajadi)
  • Pilnya boleh dijadikan masker
  • Tidak memudaratkan bayi yang menyusu 
  • Membantu melengkapkan zat dan nutrisi dalam pemakanan 
  • Tiada perasa, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan

Apa Khasiat Alfalfa?
  1. Merawat gangguan pencernaan
  2. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
  3. Mengawal kolesterol dalam darah
  4. Menyahkan toksik dalam badan
  5. Menghapuskan kolesterol buruk (LDL)
  6. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
  7. Mengurangkan simptom menopaus
  8. Mengurangkan paras gula dalam darah - elok untuk pesakit diabetes
  9. Mencegah edema (pengumpulan air dalam badan terutama di bahagian kaki)
  10. Merawat athma dan masalah-masalah pernafasan
  11. Menyahkan toksik dalam badan
  12. Merawat sakit otot dan sendi
  13. Meningkatkan sistem pertahanan badan
  14. Membantu masalah penghadaman
  15. Memperbanyakkan susu ibu
  16. Merawat masalah pundi kencing
  17. Meningkatkan hubungan suami isteri
  18. Meningkatkan kesihatan prostat
  19. Merawat masalah gastrik dan gangguan hati
  20. Membantu merawat lain-lain masalah kesihatan seperti alahan, gout, nafas berbau, arthritis, masalah kolon, hernia hayfever, bau badan, ulser dan sinus

Bilangan Saiz Setiap Botol

700 biji dalam 1 botol Alfalfa Complex (L)
330 biji dalam 1 botol Aflafla Complex (S)

Cara Pengambilan

Maksima 10 biji sehari. Boleh diambil mengikut kesesuaian iaitu 4 - 6 biji sehari, selepas makan. Kebiasaannya diambil selepas sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*

HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT ATAU PEMBELIAN
Norita Hamid
PM/SMS/Whatsapp : 017-2365866
Fb : Norita Hamid
Fb Page : Che Ta Vitamin


Isnin, 2 Jun 2014

~ Kisah Cinta Pandang Pertama ~

Kisah cinta pandang pertamaku memang lain dari yang lain. Bak kata pepatah, "Dari mata turun ke hati". Namun, kisah cintaku pada kali ini adalah tentang aku dan si dia:-

Energizing Soy Protein (ESP)
Kisah bermula pada tahun 2012, sewaktu aku mengandungkan anakku yang ke-4.  Sewaktu mengandungkan anakku itu, aku menghadapi masalah tekanan darah rendah yang tidak kritikal.  Salah seorang sahabat di pejabatku memperkenalkan aku dengan si dia ESP ini. Pada mulanya, tekakku agak sukar untuk menelannya. 

Maklum sajalah, serbuk soya! Namun, lama kelamaan setelah sahabatku itu mengajarkan aku cara-cara untuk mempelbagaikan bancuhannya, aku mula berselera menjadikannya sebagai sarapan dan minum petang.

Apa itu ESP?

Ia adalah minuman soya rendah lemak yang amat berkhasiat, non-GMO (non genetically modified organism) atau dalam Bahasa Malaysia ialah 'bukan organisma yang diubah secara genetik".  ESP juga adalah sumber protein biologi yang lengkap untuk keperluan seisi keluarga beserta 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan kita.


Apa kelebihan ESP?
  1. Protein - membina & memperbaiki tisu-tisu badan
  2. Mengandungi 14 gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk menyihatkan jantung
  3. Setiap hidangan membekalkan 50% keperluan kalsium untuk menyokong pertumbuhan tulang yang kuat. Setiap canister ESP boleh digunakan untuk 30 hidangan
  4. Mengandungi kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara & simptom menopaus
  5. Hidangan yang serba lengkap - sumber protein & lain-lain khasiat utama yg ideal
  6. Indeks glisemik (G.I) yg rendah iaitu 39 untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah yg optimum, menjadikan ESP sangat sesuai untuk penghidap kencing manis
  7. 1 hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik & sangat mudah diserap oleh tubuh badan manusia

Apa manfaat utama ESP?

  1. Awet Muda - Asid amino amat penting untuk membina kuku, otot, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain lagi. Pengambilan secara konsisten adalah kunci kepada awet muda
  2. Elok untuk hormon - Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones yang mana fungsinya sama dengan hormon estrogen wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis & sakit jantung
  3. Elok untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti berupaya menghalang pertumbuhan dan penularan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan yang mana sel radikal bebas ini berupaya menukarkan sel DNA asla kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus & pembesaran prostat
  4. Kulit remaja - Merangsang pembentukan semula kulit & otot, mempercepatkan penyembuhan luka & mengurangkan kesan parut
  5. Pembekal tenaga - membekal tenaga dengan segera & meningkatkan sistem imun badan, mencegah migrain, insomnia & tekanan
  6. Memperbaiki pigmentasi kulit - Mengatasi masalah rambut seperti beruban & rambut gugur, memperbaiki pigmentasi, kedutan & kesan penuaan
  7. Elok untuk memori - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual & rangsangan
Cara pemakanan / pengambilan ESP

1-3 kali sehari, 2 sudu besar (sekiranya dalam keadaan perut kosong). Boleh dicampur dengan Meal Shakes, Performance Drink ataupun minuman lain KECUALI minuman bergas, kafein & teh. 


DILARANG untuk membancuh ESP dengan air yang panas kerana ia akan merosakkan kandungan proteinnya. Gunakan air sejuk/air suam sahaja. Kalau sejukkan dalam peti ais pun sedaaaappp.

Nantikan entry seterusnya tentang resipi-resipi ESP dan cara membuat masker menggunakan ESP. Sangat berbaloi-baloi beli ESP ni...TUNGGGUUUUUU...










*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*


HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT ATAU PEMBELIAN
Norita Hamid
pm/sms/whatsapp : 017-2365866
fb : Norita Hamid
fb page : Che Ta Vitamin

Saya Pengedar Sah Shaklee di Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Saya Norita binti Hamid memberikan perkhidmatan COD di kawasan Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya iaitu Sri Rampai, Setiawangsa, Datok Keramat, Jalan Semarak dan Ampang (RISDA). 

Untuk kawasan-kawasan lain, saya menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia (Pos Laju) untuk menghantar barang-barang yang dipesan. Selain daripada itu juga, saya turut memberikan perkhidmatan konsultasi percuma kepada semua pelanggan. 

Walau bagaimanapun, anda adalah digalakkan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor, pakar pemakanan mahupun pihak-pihak yang berkenaan sebelum mengambil apa jua supplemen. 

Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen pilihan anda. 

"Semoga kita semua akan kekal anggun, cergas dan menawan. Mencegah penyakit lebih baik daripada merawat"


HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT ATAU PEMBELIAN
Norita Hamid
PM/SMS/Whatsapp : 017-2365866
Fb : Norita Hamid
Fb Page : Che Ta Vitamin